Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Peminat-peminat kopi di kalangan rakyat Malaysia semakin bertambah setiap hari. Terima kasih kepada cafe-cafe yang tumbuh bak cendawan selepas hujan yang menawarkan pelbagai jenis kopi, yang membuatkan penggemar-penggemar kopi cerah mata.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Walaupun kini trend kopi diminum pada bila-bila masa sahaja, namun kopi masih tegar diminum pada waktu pagi, untuk membekalkan kafein kepada badan supaya lebih bertenaga sepanjang hari.
Kadang-kadang kopi lah satu-satunya yang membuatkan anda mampu bangun dari katil anda, keluar rumah dan keluar menghadapi hari-hari anda. Jadi, anda tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan anda tanpa secawan kopi. Namun, ia tidak bermakna anda ketagih kan?
Sebenarnya, anda berkemungkinan mengalami ketagihan. Fenomena ini adalah sangat lazim hari ini, sehinggakan tidak meminum kopi boleh dikira sebagai gangguan kesihatan mental.
Dan juga, ia termasuk di dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, yang digunakan oleh ahli perubatan professional untuk mengklasifikasikan dan alat diagnostik.
“Anda boleh menjadi ketagihan kafein jika anda terbiasa meminum paling kurang 100 miligram atau bersamaan secawan kopi, setiap hari,” kata Partha Nandi, seorang doktor perubatan yang mengacarakan rancangan televisyen “Ask Dr.Nandi.”. Badan anda sudah terbiasa dengan perangsang ini, jadi anda akan mengalami perubahan pada diri anda jika anda tidak meminumnya.
Kami kongsikan 6 petanda mengejutkan yang menunjukkan badan anda bergantung kepada kafein, dan apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan atau mengurangkan rasa kurang enak jika anda tidak minum kopi.
1. Sakit kepala pada waktu pagi
Jika anda merasakan kepala anda berdenyut ketika anda bangun dari katil anda, anda mungkin memerlukan secawan kopi, secepat mungkin.
“Sakit kepala boleh menyerang 12 hingga 24 jam selepas pengambilan kopi anda yang terakhir, yang menerangkan mengapa secawan kopi pada waktu pagi sangat menarik, selepas anda tidur,” terang Maggie Moon, pakar pemakanan berdaftar.
Ini apa yang berlaku : Apabila badan anda menantikan sumber kafeinnya, saluran darah anda mengembang. Ia mengganggu saraf anda yang mencetuskan sakit pada bahagian tengah otak anda, terangnya. Kesannya, kepala anda mula berdenyut.
Juga, waktu memainkan peranan penting. Selepas bangun dari tidur, badan anda terdehidrasi, kerana tidak diberikan air untuk beberapa jam. Jadi apabila anda dehydrated, tisu otak anda kehilangan air, menyebabkan jumlah darah anda menurun. Dan ia akan menyebabkan sakit kepala, kata Dr.Nandi.
2. Mengalami kekejangan otot
Pengambilan kafein berlebihan boleh menyebabkan badan terhidrasi, dan akan menyebabkan kekejangan otot, terutamanya di bahagian betis, belakang peha (hamstrings) atau peha, terang Dr.Nandi. Anda juga akan mengalamai sindrom kaki keletihan, yang menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan pada kaki, terutamanya ketika waktu malam, kata Ilyse Schapiro, pakar pemakanan berdaftar. Rasa tersebut terasa seperti dicucuk jarum, dan akan lebih teruk jika kaki dalam keadaan rehat.
Malangnya, dengan tidak mengambil kopi tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Dan juga, tidak mengambil kafein juga akan menyebabkan kekejangan juga, kata Dr.Nandi.
3. Menjadi cepat marah tanpa kopi
Jika anda perasan bahawa diri anda menjadi pemarah jika tidak minum kopi, ia adalah petanda yang anda bergantung kepadanya lebih dari yang anda sangkakan. Badan kita memerlukan tahap serotonin dan dopamine secekupnya untuk merasa gembira, dan jika kekurangan kedua-dua ini, ia akan menyembabkan tanda-tanda kemurungan, terang Schapiro. Dan, jika pengurangan pengambilan kafein mengganggu tidur anda, ia akan menyebabkan anda berasa lebih teruk.
Juga, tidak menganmbil kafein bermakna kurang pengaktifan sistem saraf simpatetik, yang merangsang rasa gembira dan kepekaan, kata Dr. Allen Towfigh, doktor perubatan di New York Presbyterian, Pusat Perubatan Weill Cornell. Ia akan menyebabkan rasa kemurungan, dan juga tidak bertenaga dan lemah badan.
4. Tekanan darah anda menurun
Tidak meminum kopi, bermakna anda tidak mengambil dos perangsang yang kuat. Kesannya, sesetengah orang akan berasa rentak jantung mereka menjadi laju, malah menjadi berdebar-debar. Pengambilan kopi dapat meningkatkan tekanan darah, jadi dengan tidak mengambilanya akan memberikan kesan sebaliknya, menyebabkan tekanan darah rendah.
Apabila tekanan darah menurun, anda akan mengalami ringan kepala, ketidakseimbangan, lemah badan atau tidak bermaya. Pernah rasa sebegini? Ia mungkin sudah sampai masanya untuk berjumpa dengan doktor, lebih-lebih lagi jika keluarga anda mempunyai sejara komplikasi tekanan darah, atau anda perasankan perubahan yang ekstrem.
5. Suhu badan anda berubah-berubah
Kafein meningkatkan kadar degupan jantung dan pengaliran darah dalam badan, yang juga boleh meningkatkan suhu badan, terang Dr.Towfigh. Jadi, tidak mengambil kafein boleh menyebabkan perubahan suhu badan secara tiba-tiba, dan juga kesejukan menggigil. Jadi anda akan merasakan kesejukan ketika di rumah, walaupun cuaca tidak begitu sejuk.
Dalam kes pengurangan pengambilan kafein yang lebih teruk, peluh sejuk juga mungkin boleh berlaku, menurut University of Michigan. Ini kerana ketidakhadiran kafein boleh menyebabkan penyempitan saluran darah pada hujung kaki anda, kata Dr.Isabel Smith.
6. Tidur terganggu
Jika jadual tidur anda terganggu, ia mungkin disebabkan pengambilan kafein. “Kafein boleh merendahkan tahap penghantaran isyarat kepada otak, termasuk serotonin, yang membuatkan kesukaran untuk tidur,” jelas Dr.Nandi. Ia menghalang penerimaan adenosin, yang mana penting untuk mendorong kepada keletihan dan tidur. Jadi, peminum kopi boleh berasa kurang letih dengan kerap, bertenaga, dan lebih peka, yang akan menyebabkan insomnia (susah tidur).
Mengurangkan pengambilan kopi pada waktu pagi boleh membantu anda untuk tidur dengan lebih nyenyak. The National Sleep Foundation berkata walaupun pengambilan sederhana 6 jam sebelum tidur juga boleh menyebabkan insomnia dan tidur yang terganggu.
Cara mengatasi masalah kafein yang kurang menyakitkan
Mula dengan langkah kecil. Bermula dengan mengurangkan pengambilan secara berkala, dengan mengurangkan 1/4 daripada pengambilan biasa. Contoh, biasanya anda minum 4 cawan kopi sehari, kurangkannya kepada 3 cawan sehari. Tetapi jika anda tidak mahu kurangakan kekerapan, anda juga boleh kurangkan jumlah kafein. Cuba campurkan kopi anda menjadi separuh decaf, dan kemudian secara perlahan kepada decaf.
Ia akan mengambil masa berminggu-minggu, jadi layan diri anda dengan baik semasa melakukannya. Dan jika anda berasa berani, gantikan minuman panas tanpa kafein yang lain, setiap pagi. Anda boleh mencuba teh dan sebagainya.
Jadi kepada penggemar-penggemar kopi, jika anda mengalami tanda-tanda ini, ia bermaksud anda sudah ketagihan dan badan anda sangat bergantung kepada pengambilan kafein. Segeralah berjumpa pakar, atau ambil inisiatif untuk mengurangkan pengambilan kopi sedikit demi sedikit.
Sumber: petuaibu