Mengenali Dan Mengubati Santau

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Perubatan Islam pada masa kini merupakan rawatan alternatif yang utama khususnya kepada pesakit yang mengalami sakit yang berkaitan dengan makhluk halus.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Kewujudan jin dan iblis tidak dapat dinafikan, maka kita seharusnya membina benteng diri agar terlindung daripada segala kemudaratan.

Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai racun halus iaitu santau. Apakah disebalik penyakit santau dan bagaimana cara mengubatinya?

Sedikit perkongsian ini mudah-mudahan memberi manfaat kepada para pembaca agar dapat beramal dengannya bagi keselamatan diri dan keluarga.

#1 – Apa Itu Santau?

Santau merupakan satu campuran dari bahan-bahan berbisa dan beracun yang dihantar secara langsung atau tidak langsung untuk mengganggu/ merosakkan kehidupan seseorang.

Santau juga terdiri daripada santau makanan dan santau angin. Dalam situasi ini, banyak kisah masyarakat yang disantau dapat kita jadikan iktibar agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia.

#2 – Tanda Awal Santau

Mari kita lihat di antara tanda-tanda awal seseorang yang terkena santau.

#1- Mengalami batuk yang berlarutan dan batuk berdarah. Selain itu, sering mengalami sakit di bahagian belakang badan dan merasa lenguh di bahagian sendi-sendi utama.

Bagi kaum wanita, peredaran darah haid menjadi tidak teratur dan mengalami istihadah (darah yang keluar bukan pada masa haid dan juga nifas). Dalam pada itu, jika wanita tersebut sedang mengandung, boleh terjadi keguguran terhadap kandungannya.

#2- Mengalami masalah nafas berbau dan pada bawah mata dan kukunya kelihatan berwarna biru. Semasa tidur, seseorang itu akan bermimpi ular, dikejar haiwan berbisa atau liar, jatuh dari tempat tinggi, ada sesuatu benda tajam yang seakan ingin menikam dan bermimpi bayi.

#3- Mengalami lebam-lebam di leher.

Dalam konteks ini, membuat rawatan amatlah penting untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku.

Dalam perubatan Islam digariskan panduan dalam memilih pengamal perubatan yang benar-benar menggunakan kaedah yang betul menurut Al-Quran.

#3 – Ciri-ciri Pengamal Perubatan Palsu

Peringatan! Hati-hati dalam memilih tempat perawatan agar cara perubatannya selari dengan syariat Islam.

Antara ciri pengamal perubatan yang palsu ialah:
#1- Di tempat perubatannya mempunyai tengkorak binatang seperti tengkorak lembu.
#2- Mempunyai karakter yang berubah ketika melakukan perawatan seperti tidak sedarkan diri/menurun dengan menuduh seseorang.
#3- Menggunakan asap. Hal ini kerana asap merupakan makanan jin.
#4- Memberi azimat tertentu.
#5- Tidak memakai pakaian.
#6- Tidak mengucapkan lafaz Insya-Allah (Dengan izin Allah).
#7- Berasa bangga diri/bongkak dengan menyatakan dirinya hebat.

Maka, berhati-hati dalam memilih pengamal perubatan. Jauhi perkara-perkara yang boleh mensyirikkan Allah S.W.T.

#4 – Tips Menghindarkan Diri Daripada Santau

Beberapa tips penting untuk menjadi pembenteng diri bagi mengelakkan daripada penyakit santau.
#1- Membaca Surah Al-Fatihah
#2- Membaca Ayat Kursi
#3- Membaca Surah Al-Furqan ayat 23
#4- Melakukan Solat Sunat Tahajud

Allah S.W.T memberikan maqam yang terpuji kepada hamba-Nya yang mengamalkan Solat Sunat Tahajud dengan terhindarnya daripada santau.

#5 – Al-Quran Sebagai Penawar

Terdapat seribu satu rahsia penawar di dalam Al-Quran yang boleh kita amalkan untuk penjagaan diri kita.

Amal fardi dan kekuatan dalaman diri yang mampu menyembuhkan penyakit dalam diri kita.

Perubatan alternatif ini hanya salah satu usaha kita untuk merawat selebihnya kita perbanyakkanlah bertawakal kepada Allah S.W.T. Segala puji bagi Allah, semoga perkongsian ini bermanfaat buat pembaca.

Rujukan: 
Ceramah Al-Kulliyyah Ustaz Sharhan Shafie

Sumber: Tazkirah.Net

Kredit : asalsentap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *