‘Tak kisahlah kerja pak guard pun…’

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

PENYANYI Khalis, 30, atau nama sebenarnya Muhammad Khalis Shari mengakui tidak kisah memikul tanggungjawab membesarkan tujuh anak pada usia muda.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Adik kepada Allahyarham Achik Spin itu berkata, dia tidak kisah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat selain mencari rezeki menerusi nyanyian.

“Saya seorang ketua keluarga dan bersama isteri, membesarkan tujuh anak iaitu Muhammad Zaidy, 17: Siti Rusnaida Umierah, 14: Rozanna, 12: Muhammad, 9: Siti Nurisyah, 6: Natasya Farhana, 17 dan Nurul Syafiqah, 14.

“Tiga daripada mereka ialah anak tiri, dua anak sendiri dan dua lagi anak saudara sendiri iaitu anak kakak ipar yang kematian suami

“Saya amat bahagia mempunyai keluarga besar ini dan tak pernah anggap satu beban untuk menyara mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai pekerjaannya, Khalis mula bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta pada Februari lalu.

“Ia cadangan daripada abang sepupu saya sebagai cara saya mencari pendapatan sampingan.

“Saya bersetuju kerana saya perlu berdikari dan bukannya anak bujang yang ditanggung oleh ibu bapa.

“Lagipun bukan selalu saya terima undangan menyanyi dan apa salahnya saya memenuhi masa dengan bekerja daripada terbuang begitu sahaja,” katanya.

Kisah Khalis yang pernah bergelar penyanyi kumpulan Real Spin mula viral apabila videonya sedang bertugas disiarkan secara live di Facebook pada April lalu.

“Semuanya berlaku secara spontan apabila seorang rakan memuat naik video yang dirakamnya.

“Mulanya saya ingat video biasa untuk dihantar kepada kawan-kawan di WhatsApp tapi rupanya dia buat live di Facebook.

“Nak tak nak orang dah tahu kerja sebenar saya dan saya tak perlu marah.

“Saya tak kisah nak buat kerja apa pun termasuk berniaga di pasar malam untuk cari rezeki buat keluarga,” katanya yang memilih bekerja syif biasa sebagai pengawal keselamatan.

Dia sebaliknya mengambil kesempatan itu apabila mengadakan sesi nyanyian secara live ketika sedang bekerja kepada peminat.

“Setiap kali buat live, tontonan semasa saya mencatat jumlah 2,000 peminat.

“Ini cara saya berinteraksi dengan peminat dan apabila tamat sesi live, saya berjaya dapat lebih 100,000 tontonan keseluruhan

“Tapi sesi live ini bukan dibuat setiap masa dan dibuat ikut masa tertentu sahaja,” katanya.

Khalis kini tampil secara solo menerusi single berjudul Selalu Rindu bersama syarikat Solaris Music Entertainment.

Kumpulan Real Spin yang popular dengan lagu Semakin Rindu ambil keputusan berehat buat sementara waktu kerana komitmen anggotanya terhadap kerjaya dan keluarga

“Kami tak berbalah dan lagu single terbaru ini juga juga ciptaan anggota The Real Spin,” katanya.

Adik Khalis iaitu Tajul juga aktif sebagai penyanyi dan popular dengan lagu Sedalam Dalam Rindu.

sumber hmetro

Add Comment