Inilah 8 Khasiat Rebung Yang Boleh Menjauhkan Anda Dari Pelbagai Penyakit.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Rebung buluh merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut, terutamanya dari spesies Bambusa vulgaris dan Phyllostachys edulis. Di Asia, ia biasanya diambil dan dipotong untuk dimasak sebagai ulam-ulaman dimakan bersama lauk, contohnya gulai rebung dan sayur lodeh. Dalam bahasa Inggeris ianya dikenal dengan sebutan bamboo shoot ini, merupakan pucuk buluh yang masih muda.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Sering dijadikan sayur dalam masakan, baru diketahui oleh segelintir orang saja. Kelazatannya dapat membuat selera makan bertambah. Apalagi, jika ianya dimakan dan dicicah tersebut dengan sambal pedas. Wow, pasti terangkat dan meleleh air liur time bulan puasa cenggini.. Hehehe.. Namun, disamping kelazatannya, rebung memiliki banyak khasiat yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kita.

Rebung sering dibuat masak lemak namun tak ramai orang mengemarinya. Tahukah anda rebung juga mempunyai khasiat bagi kesihatan tubuh badan kita?

Mari kita lihat 8 khasiat rebung kepada kesihatan manusia.

  1. Menyembuhkan Bisul Dan Luka

Mempunyai sifat anti inflamasi dan analgesik yang dapat membantu mempercepat proses penyembuhan bisul dan luka.

  1. Mengatasi Masalah Pernafasan

Rebung mengandungi asam amino dan merupakan sumber protein yang baik. Oleh itu rebung sangat baik untuk mengatasi masalah pernafasan.

  1. Menurunkan Tekanan Darah

Rebung mengandungi kalium yang tinggi jadi ia antara makanan yang dapat membantu menurunkan tekanan darah.

  1. Menyihatkan Pencernaan

Rebung dapat membantu mengatasi masalah pencernaan seperti gastroenteritis. Rebung juga bermanfaat dijadikan ubat cacing.

  1. Memudahkan Proses Kelahiran

Ianya termasuk tanaman jenis uterotonika yang dapat membantu meningkatkan kontrasi rahim sekaligus dapat memudahkan proses kelahiran.

  1. Menurunkan Berat Badan

Dapat membantu anda menurunkan berat badan. Ini kerana kandungan kalorinya yang rendah. Rebung mengandungi serat yang tinggi sehingga dapat membuatkan perut cepat berasa kenyang.

  1. Menurunkan Kolesterol

Menjadi makanan yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol darah dan menyihatkan jantung.

  1. Meningkatkan Sistem Imun Badan

Mengandungi vitamin A, vitamin E, vitamin B6, asam folat, thiamine, riboflavin, dan niasin. Rebung juga mempunyai mineral penting seperti zat besi, mangan, tembaga, kalium, fosfor, natrium, seng, magnesium, dan kalsium.

Semua nutrisi tersebut sangat penting untuk meningkatkan sistem imun badan dan kekebalan tubuh.

Sumber: rencahrasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *