Siti Nurhaliza kongsi resipi Lempeng Oat yang beliau amalkan ketika berpantang. Patutlah cantik sahaja badan Tok Ti!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

empeng merupakan hidangan tradisional yang digemari oleh rakyat Malaysia tanpa mengira batasan umur. Dari kecil lagi, ibu kita pasti akan menyediakan lempeng pelbagai versi sama ada lempeng telur, lempeng manis dan sebagainya untuk disantap pada waktu pagi mahupun ketika minum petang.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Tetapi tahukah anda, lempeng juga merupakan sajian utama buat kaum ibu yang sedang berpantang. Anda boleh menyediakan hidangan ini dengan tambahan pelbagai bahan berkhasiat seperti buah-buahan, kekacang dan juga bijirin.

Penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan salah seorang individu yang gemar memakan lempeng ketika beliau sedang berpantang. Menerusi perkongsian beliau di Instagram, Tok Ti telah memuat naik resipi lempeng kegemaran yang beliau amalkan sebagai salah satu diet bagus ketika berpantang.

Menariknya, resipi ini bukan sahaja lazat tetapi juga sangat berkhasiat kerana mengandungi bijirin oat dan juga madu. Mari kita lihat apakah bahan-bahannya:

  • Quaker Oat
  • Madu
  • Kismis
  • Kurma (dipotong kecil)
  • Horlick
  • Susu segar

Caranya juga amat mudah, anda hanya perlu menggabungkan kesemua bahan di atas dan masak atas kuali. Resipi ini juga tidak mempunyai sukatan kerana Tok Ti menghasilkannya secara agak-agak sahaja.

Majoriti pengikut beliau di Instagram memberikan reaksi yang positif atas perkongsian resipi berkenaan. Ada yang teruja untuk mencubanya dan ada juga yang berpendapat resipi tersebut bagus kerana boleh dijadikan sebagai perangsang susu ibu.

Bagi anda yang sedang berpantang atau ingin mengamalkan pemakanan yang sihat, boleh cuba resipi ini.

Sumber: ctdk, SirapLimauvia Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *