MasyaAllah Banyak Saham Akhirat Ustaz. Ustaz Ebit Lew Bantu Individu Peluk Islam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew iaitu suami yang romantik dengan isterinya dan merupakan seorang penceramah agama yang hebat. Dia kini banyak menerima undangan untuk menyampaikan dakwah dan ceramahnya di sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Malah, ceramah Ustaz Ebit Lew juga sangat memberi pengaruh kepada semua netizen lebih-lebih lagi di laman media sosial.

Melalui perkongsian di laman Instagram, Ustaz Ebit Lew ada memuatnaik satu video mengenai seorang individu yang dikenali sebagai Stanley sedang mengucap dua kalimah syahadah.

Menerusi Instagramnya juga, Ustaz Ebit Lew ada menjelaskan bahawa Standley yang berumur 22 tahun ingin memeluk agama Islam setelah dia balik dari program TV Al-Hijrah untuk program A Bit With Ebit. Dia berasa sebak ketika berjumpa dengan Stanley berbual mengenai Islam.

Ketika Ustaz Ebit Lew sampai di One Utama, Stanley terus memeluk dia sambil menangis.

Beliau teringin sangat nak masuk Islam. Matanya asyik bergenang. Katanya beban yang ditanggung selama ini telah hilang. Ringan kepala rasa. Bahagia hati. Pernah cuba dekati Islam. Tapi hati rasa berat masa tu.

Stanley turut memberitahu kepada Ustaz Ebit Lew bahawa hatinya kini berasa lebih tenang dan betul-betul rasa dekat dengan Allah. Malah, Stanley selalu melihat Ustaz berjumpa dengan anak muda di Bukit Bintang, KLCC, dan memberi orang makan. Stanley juga selalu menonton video-video Ustaz Ebit Lew.

Ustaz Ebit Lew turut memanjatkan rasa syukur dan terima kasih kepada Allah kerana anak muda ini dipermudahkan urusannya untuk memeluk agama Islam.

Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Rata-rata netizen berasa sebak menonton video Ustaz Ebit membantu Stanley masuk agama Islam. Netizen mendoakan semoga Stanley terus istiqomah dan semoga Allah merahmati Ustaz.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: SoyaLemon VIA JMD FAMILIA

Add Comment