Bukan Calang Calang Hobi Perempuan Ini

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Waktu musim peperiksaan macam ni ada pelbagai jenis sukan, aktiviti dan permainan yang boleh kita jadikan sebagai hobi masa lapang untuk lari sebentar daripada tekanan belajar. Ada yang memilih aktiviti luar dan ada juga yang pilih untuk bela haiwan peliharaan.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Namun selalunya kita dengar haiwan seperti kucing dan hamster menjadi pilihan ramai sebagai haiwan peliharaan. Tapi siapa kata haiwan comel je yang layak jadi haiwan peliharaan kan?

Hal ini dibuktikan oleh Dewi yang meminati pelbagai jenis haiwan liar malah membela mereka di rumahnya! Menurut mStar, hobi Dewi, 21, yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak ini sememangnya lain dari yang lain kerana sangat meminati haiwan-haiwan rare. Bukan kucing atau arnab, tapi biawak pula yang menjadi kegemaran Dewi!

Jika dilihat di laman Facebook dan Instagram Dewi, biawak, ular sawa, dan ular tedung menjadi reptilia kesukaannya. Dia kerap memuat naik gambar-gambar reptilia tersebut sambil memeluk atau memegang mereka. Eeii tak takut ke…

Biarpun Dewi menerima kritikan netizen yang menuduhnya ‘gila glamour’ kerana memegang biawak yang dianggap ‘haiwan kotor’, pandangan orang ramai tidak menjejaskan minat Dewi kepada haiwan seperti itu. Selain ular dan biawak, Dewi juga tidak takut untuk bermain dengan labah-labah tarantula yang biasanya digeruni ramai kerana bisanya yang boleh membunuh.

“Saya jumpa Kenit (biawak) dekat sungai dalam keadaan luka dan tak bermaya Julai lalu. Sebab kasihan, saya terus bawa dia balik ke rumah untuk dirawat. Saya peliharanya lebih kurang tiga bulan dan lepas sembuh saya lepaskan dia walaupun rasa berat hati.”

Menurut gadis yang bekerja sebagai jururawat ini, tiada istilah takut dalam dirinya sewaktu bermain dengan haiwan-haiwan tersebut tambah-tambah lagi jika melihat mereka tercedera dan memerlukan bantuan.

Pengetahuan dan ilmu sebagai seorang jururawat juga banyak membantu Dewi daripada segi langkah penjagaan kebersihan dan pencegahan jangkitan kumansewaktu berurusan dengan haiwan-haiwan tersebut.

Memiliki koleksi pelbagai jenis ular termasuk ular tedung selar berukuran lebih empat meter yang menjadi haiwan peliharaannya, memeluk biawak dan bermain dengan haiwan liar bukanlah menjadi masalah besar untuk Dewi. Pernah dipatuk ular, Dewi mengakui minatnya ini mempunyai risiko tersendiri.

Seperti yang kita ketahui, haiwan liar seperti ular tedung bukanlah sejenis haiwan yang jinak. Apabila ditanya jika Dewi mempunyai sebarang ilmu ‘menundukkan’ haiwan merbahaya, Dewi hanya menjawab, “Adalah sikit-sikit saya belajar daripada orang dulu-dulu.” Oh patutlah!

Dewi kini mempunyai 26 jenis ular peliharaan dan beberapa haiwan lain yang dibeli dan ditangkapnya sendiri. Selain menjadikan reptilia ini sebagai haiwan peliharaan, dia turut akui berminat untuk menjual haiwan-haiwan itu jika ada yang berminat mahu membeli.

Memiliki minat dan hobi yang pelik adalah hak individu, tetapi jangan abaikan keselamatan diri dan orang di sekeliling ye!

Sumber : sehinggit

VIDEO: AWEK CUN MAIN ULAR BESAR!! 9KG!

https://youtu.be/RejeLWFiQr8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *