Inilah Kota Lod Di Mana Dajjal Akan Dibunuh Oleh Nabi Isa Satu Ketika Nanti.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

soalan:

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

1)kenapa pada akhir zaman, Nabi isa yang akan turun kebumi dan kenapa dan tidak nabi-nabi yang lain?

2)dimanakah Nabi Isa berada pada saat dan waktu ini?

Nabi Isa Alaihissalam atau bagi orang Nasrani bermaksud Jesus Christ. Baginda tidak dibunuh dan disalib. Baginda diangkat dalam keadaan ditidurkan kemudian diangkat kelangit. Ini diceritakan dalam sebuah hadith yag sahih disamping diceritakan dalam peristiwa Isra’ Mikraj. Maka baginda menemui Nabi Isa dan Nabi Yahya di langit ke kedua. Bereerti, Nabi Isa berada di langit kedua di alam ghaib sana dan bagida akan turun pada akhir zaman. Selepas datangnya Imam Mahdi, kemudian keluarnya Dajjal. Berlakulah pertembungan dan ketika itulah Nabi Isa turun.

Bilakah Nabi Isa Alaihissalam akan diturunka dan bagaimanakah caranya?

Kita berada di fasa ke empat menanti Imam Mahdi datang untuk memesuki fasa ke 5. Imam mahdi akan memimpin umat islam secara yang adil dan elok, kemudian Allah akan menguji umat Islam dengan kedatangan Dajjal sehingga menyebabkan huru-hara berlaku. Tetapi Imam Mahdi dan umat Islam tidak mampu membunuh Dajjal. Maka Allah akhirnya menurunkan Nabi Isa di Menara Putih di Timur Damsyik yang ada kaitan dengan Syria sekarang.

Sebab itu huru-hara di Syria sekarang ia sudah memberi satu tanda bahawa Era Dajjal, Era Nabi Isa termasuk Era Imam  Mahdi sudah dekat dengan kita. Ada Hadith soheh menyatakan Baginda turun degan kedua belah tangan baginda diletakkan dikedua belah sayap 2 malaikat. 1 riwayat mengatakan baginda berambut kerinting, kulitnya kemerah-merahan. Baginda akan turun dan membunuh dajjal.

Hasil carian imej untuk kota lod nabi Isa

Dimana tempat Dajjal akan di bunuh?

Di Bandar Lod. Bandar Lod pada hari ini memang di kaji oleh pengkaji-pengkaji. Dan mengikut kajian yang Lod kini berada di bumi Israel iaitu sebuah pusat ketenteraan di bawah Israel dan itu tidak mustahil. Nabi Isa membuka pintu Kota yang Dajjal dan tenteranya sedang menunggu. Dajjal menjadi cair seperti garam di dalam air apabila melihat wajah baginda. Maka Dajjal sudah sedar” tamat riwayatku pada hari ini”.  Nabi Isa Al-masih (yang benar) akan membunuh Dajjah al-Masih(pendusta besar).

Kanapa Isa yang Allah pilih untuk turun di bumi dan kenapa bukan nabi-nabi lain?

Rahsia turunnya Nabi Isa ialah, Allah nak menunjukkan kepada bangsa Yahudi bahawa  mengatakan pada dahulunya “kami telah membunuh Nabi Isa” untuk menampakkan bahawa mereka adalah silap. Nabi Isa tidak mati. digantikan seseorang yang menyerupai wajah Nabi Isa

2) Allah hendak memeperbetulkan Bangsa Nasrani bahawa mereka silap kerana mengatakan Nabi Isa adalah nak tuhan. Ini dinyatakan dalm Surah Az- Zukhruf ayat 61.

Tugas2 lain yang akan dilaksanakan Nabi Isa As. 

Berdasarkan taraf hadith soleh yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Baginda bersabda ada 4 tugas-tugas penting Nabi Isa selain membunuh Dajjal

1)Nabi Isa akan turun sebagai ”hakaman A’dilan” aiiyu sebagai pemimpin dan pengusa yang adil terutama ketika Imam Mahdi meninggal dunia,Dajjal pula sudah dibunuh, kemudian munculnya  Yakjud dan Makjud denagn gelombang yang dahsyat. Umat Islam masih ada pada ketika itu, maka Nabi Isalah pemimpin mereka.

3)Baginda akan mematahkan salib- untuk mengatakan aku bukan anak tuhan

4)Membatalkan hukum Jizyah-akan berkaku peperangan yang tiada maaf bagimu. Perang betul-betul, itulah maksud membatalkan hukum jizyah.

2)Baginda akan membunuh babi-

Ada orang yang bertanya Nabi Isa takde kerja lain ke nak buat? Selepas melakukan semua tanggungjawab yang besar baginda kan membunuh khinzir. Malaysia pada tahun 1999 membunuh babi kerana berlaku JE( Janapese Encephalitis). Kuman menyerang otak sehingga membunuh manusia adalah datang daripada babi.Sedarkah kita ada 2 billion khinzir buta masa sekarang? 25 juta akan disembelih pada setiap minggu.

Kajian juga membuktikan daging babi membawa kuman yang banyak. Kemudia virus flu dalam babi ini boleh merebaknya penyakit yang bukan sahaja menyerang satu negara, tetapi seluruh dunia. Pakar virologi menyatakan, di kerongkong babi ada sel yang dipanggil mixing cell. Ia adalah takungan yang akan menerima virus dari manusia dan burung atau sebagainya dan diubah virus itu menjadi virus baru dan akan dikeluarkan untuk bunuh manusia. Mungkin pada masa itu berlaku wabak atau sebagainya yang menyebabkan baginda membunuh babi dan tidak tertinggal babi walau seekor pun. Wallahuaklam.

Setelah 7-8 tahun pemerintahan Iman Al-Mahdi maka meninggallah Imam Al- Mahdi. Ada yang menyatakan Nabi Isa akan meyapu wajah umat islam yang masih tersisa(masih ada) degan tangan  dan berdoa semoga diberkati Allah.

Tiba-tiba Allah uji umat Islam dengan yakjud dan Makjud. Ketika ia datang ia kemudia akan membunuh manusia di muka bumi kemudian mereka berkata mari pula kita bunuh makhluk dilangit. Kemudian Allah mematahkan panah mereka dengan darah. Dan mereka menyangkakan bahawa mereka berjaya membunuh makhluk dilangit. Begitulah kejamnya Yakjud dan Makjud. Maka Nabi Isa dan umat Islam terpaksa bertembung dengan Yakjud dan makjud dan mereka tak dapat dibunuh kerana bilangannya teramat banyak.

Video:

Sumber: u-tube halaqah episod 19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *