Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Program realiti dakwah, Pencetus Ummah (PU) telah mengangkat Azman Syah Alias atau nama panggilannya PU Azman 35, sebagai selebriti dakwah selepas berjaya menjuarai program tersebut pada 2014.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Sekarang, beliau tidak pernah melepaskan peluang untuk menyampaikan ilmu yang ada untuk memberi peringatan kepada kita semua tentang dosa dan pahala.
Baru-baru ini viral pulak isu permainan Kiki Challange di media sosial. Ramai sekali yang cuba keluar dari kereta yang sedang bergerak perlahan dengan menari tarian “kiki challange.” Apa yang kurang baiknya, wanita lah yang melakukan tarian tersebut sambil berpakaian seksi dan terkinja-kinja menari. Video tarian mereka pula dirakam dan diposkan ke dalam media sosial terutamanya IG. Alangkah ruginya kaum wanita ini kerana mendedahkan tarian dan lentok tubuh badan yang paling berharga untuk tontonan umum.
Ini serba sedikit nasihat dari PU Azman yang ingin disampaikan buat netizen yang berhajat mahu mencuba permainan kiki challange itu.
Assalamualaikum. Bukannya Islam tak bagi ikut trend, tetapi jangan sampai timbulkan fitnah. Maka para wanita jangan postkan sebarang video di sosmed (sosial media). Jika ada, maka simpanlah untuk suami dan untuk peribadi kita sendiri. Jangan payungkan badan dan punggung anda pada semua. Simpan untuk suami. Walaupun kamu pakai baju kurung atau jubah sekali pun, tapi pergerakan / tarian itu boleh menampakkan aurat dan boleh menimbulkan fitnah.
Ini seiring dengan sabda Nabi SAW dalam hadith yang soheh” tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih besar ke ats lelaki berbanding perempuan”
Saidina Umar Ra. pernah sebut “aku lebih berani berjalan di belakang seekor singa berbanding berjalan di belakang perempuan.” Kerana ada beza di antara perempuan. Maka kaum lelaki jangan postkan video yang menyerupai perempuan kerana dilaknat Allah dan Rasul.
Kerana kami semua sayangkan kamu wahai wanita. Kami bagi nasihat yang selembut ini supaya kau tidak tergolong dalam golongan wanita yang akan berada di dalam neraka kelak kerana begitu ramai sekali kaum wanita.
Video:
Sumber: IG Pu Azman