Ini 14 Tips Jimat Elektrik Dari Tnb yang Mampu Kurangkan Bil Bulanan Anda

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cuaca panas yang melanda negara kita kini sedikit sebanyak telah menyebabkan kenaikan bil penggunakan elektrik. Mana tidaknya, pendingin hawa dan alatan penyejuk yang lain terpaksa bekerja ‘berhempas pulas’ untuk menyejukkan udara.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Tip Jimat Elektrik Dari TNB Ini Mampu Kurangkan Bil Bulanan Anda

Ini 14 tips berguna yg boleh anda amalkan:

1 – Gunakan ruang dalam mesin basuh sepenuhnya. Jangan basuh pakaian dalam kuantiti yang sedikit dan kerap.

2 – Cuci filter pendingin udara bagi memastikan ia boleh beroperasi secara efisyen.

3 – Tutup tingkap dan pintu semasa menggunakan pendingin udara. Lagi kecil ruang yang perlu disejukkan, lebih kurang bil anda.

4 – Gunakan mentol lampu yang menggunakan tenaga yang sikit.

5 – Gosok baju dalam kuantiti pukal.

6 – Penuhkan pemanas air elektrik ke tahap maksimun setiap kali anda isi semula

7 – Cari barangan elektrik yang mempunyai rating 5 bintang.

Image result for peti rating 5 bintang

8 – Beri ruang kepada peti sejuk anda untuk ‘bernafas’. Jarakkan peti sejuk anda dengan dinding sejauh 10cm bagi membolehkan peredaran udara yang lebih efisyen. Selain itu, jangan dedahkan peti sejuk secara langsung kepada sinaran matahari. Apabila keadaan sekeliling panas, lebih banyak tenaga diperlukan untuk peti sejuk anda untuk sejuk kembali.

9 – Tutup komputer / laptop/monitor lcd jika tidak digunakan. Jangan biarkan ia berada dalam keadaan ‘standby’.

10 – Gunakan timer untuk peralatan yang hanya diperlukan untuk masa-masa tertentu. Seperti contoh lampu spotlight di luar rumah.

11 – Gunakan lampu pendarfluor T5 atau LED untuk lebih jimat api. (Lampu adalah kecil tetapi panjang).

Image result for lampu pendarfluor T5

12 – Setkan suhu pendingin udara kepada 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun. Jika kurang dari itu, lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk menyejukkan bilik anda.

13 – Susun barangan di dalam peti sejuk supaya lebih tersusun. Ini boleh membuatkan udara sejuk di dalam peti sejuk beredar dengan lebih efisyen seterusnya menjimatkan elektrik.

14 – Gunakan mod ‘cold wash’ ketika membasuh pakaian menggunakan mesin basuh. Jika tidak, mesin basuh anda akan memerlukan lebih tenaga untuk memanaskan air.

Sumber: karangkraf via Islamik.info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *