Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kita semua tahu ais kepal adalah salah satu sajian yang sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sejak dahulu lagi. Ais kepal sama seperti Ais Batu Campur atau ABC yang boleh didapati di tepi-tepi jalan cuma perbezaannya, bongkah ais yang dikisar halus itu dipadatkan serta dikepal menjadi bebola ais sebelum disirami dengan sirap manis.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Namun, sajian yang enak dinikmati pada waktu panas ini mula dimodenkan semula oleh peniaga tempatan dengan memperkenalkan beberapa bahan baharu sekali gus menjadikan Ais Kepal sebagai hidangan yang kembali bertaut di hati rakyat.
Salah satu idea untuk memodenkan ais kepal yang telah menular di seluruh Malaysia adalah Ais Kepal Milo di mana bebola ais itu disaluti dengan campuran Milo yang berkrim dan likat! Siapa sahaja yang tidak sukakan Milo bukan? Tambahan pula dapat menikmati Milo yang likat seperti itu, membuatkan pelanggan menikmatinya ibarat berada di syurga.
Populariti Ais Kepal Milo kini mula merentasi sempadan negara apabila salah seorang usahawan Indonesia sanggup berkunjung ke Malaysia semata-mata untuk mempelajari pembuatan Ais Kepal Milo ini.
Menurut laporan Bloomberg, peniaga berasal dari negara jiran yang dikenali sebagai Emanuel Agung itu mempunyai pengalaman dalam perniagaan kulinari selama tiga tahun dan mendapati kegilaan masyarakat Malaysia terhadap Ais Kepal Milo sebagai satu peluang keemasan buatnya.
Setelah mempelajari mengenainya, Emanuel memutuskan untuk membuka kedai menjual Es Kepal Milo Viral pertamanya yang terletak di Jakarta. Dalam tempoh beberapa bulan sahaja, perniagaan Emanuel terus berkembang secara pesat dan dikatakan kini beliau mempunyai lebih daripada 150 cawangan di beberapa bandar utama seluruh Indonesia.
Malah, dilaporkan lebih daripada 30,000 cawan Ais Kepal Milo berjaya terjual dalam masa sehari. Ini benar-benar pencapaian yang mengagumkan dan menguntungkan buat Emanuel.
Menurut Emanuel lagi, setiap cawan Ais Kepal dijual pada harga RM5.60 dan majoriti pelanggannya adalah individu yang berusia antara 14 hingga 26 tahun. Jika dikira, usahawan yang baru berusia 34 tahun ini memperoleh pendapatan sebanyak RM168,000 dalam tempoh sehari.
Permintaan untuk Ais Kepal Milo adalah sangat tinggi. Saya membeli satu tan Milo sehari bagi memastikan bekalan yang mencukupi untuk kesemua 150 gerai Es Kepal Milo Viral saya.
Ia melangkaui jangkaan saya. Pelanggan dari kelas bawahan, pertengahan mahupun atasan sanggup beratur di gerai saya, kata Emanuel lagi.
Ternyata fenomena Ais Kepal Milo ini telah berjaya menjadi Emanuel seorang usahawan berjaya dalam tempoh yang singkat! Pandai sungguh dia cari peluang bukan?
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg