Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kalau dah nama pun Menteri Belia dan Sukan, mestilah kena menyemarakkan lagi semangat gaya hidup sihat dan kekal cergas dalam kalangan rakyat terutamanya bagi golongan anak muda.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Terbaru, menteri berkenaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil inisiatif untuk berbasikal menuju ke Masjid Putra berbanding menggunakan kereta bagi menunaikan solat Jumaat pada tengahari semalam.
Berbasikal ke Masjid Putra tengah hari tadi bersama staff KBS. Takda alasan kalau nak fit! 🚴🚴🚴
.#YouthPower pic.twitter.com/mwarhFP759— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 20, 2018
“Berbasikal ke Masjid Putra tengah hari tadi bersama staff KBS. Takda alasan kalau nak fit!,” tulis menteri berusia 26 tahun itu di laman Twitter miliknya.
Menerusi posting lain, seorang pengguna Twitter yang sedang menunggang motosikal juga terserempak dengan beliau ketika menuju ke destinasi yang sama.
VIDEO:
Otw nak pergi masjid besi, sekali terserempak YB @SyedSaddiq tengah kayuh basikal pergi masjid daaa……… 😂😂😂 pic.twitter.com/GzZ0gkRoiT
— TopiNasi (@IzwanSajjer) July 20, 2018
“OTW nak pergi Masjid Besi, sekali terserempak YB @SyedSaddiq tengah kayuh basikal pergi masjid daaa…,”ujar Izwan Sajjer.
Posting tersebut menarik perhatian warga Twitter bagi memberikan pelbagai reaksi yang rata-rata memuji sifat rendah diri kesungguhan ahli Parlimen Muar itu untuk ‘maintain’ gaya hidup sihat.
Comel je! Macam baru lepas SPM…
Terbaik! Berlumba ke masjid? Allah suka..
Laju2 nak kejar siapa entah?
Steady YB, contoh terbaik ke arah lebih sihat!
Sumber : Syed Saddiq , Izwan Sajjer / Ohmymedia