Selepas Baca Artikel Ini Pasti Anda Akan Cakap ”A Ah La Kan … Nape Aku Tak Sedar Pun” – Inilah 7 Perkara Dalam Filem P Ramlee Yang Ramai Tidak Perasan Pun Tapi…

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Rasanya hampir setiap orang pernah menonton filem P Ramlee, filem yang banyak memberi pengajaran, nilai -nilai kemanusiaan, kritikan serta sindiran dan lawaknya masih segar di ingatan walaupun filem tersebut sudah agak lama penerbitannya.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara dalam filem P Ramlee yang merujuk kepada sindiran atau kritikan tajam yang diolah mengikut peredaran masa.

1. Filem Ali Baba Bujang Lapok – Dalam kisah Alli Baba Bujang Lapok, wewaktu orang kaya menyuruh ketua penyamun merpompak beliau, demikian adalah dialognya;

Orang Kaya: Aku Orang Kaya. AKu mahu minta tolong dengan engkau. Bolehka tidak engkau rompak aku punya rumah ?

Ketua Penyamun: Why ? Apa pasal engkau suruh aku rompak engkau punya rumah ?

Orang Kaya: sebab aku mahu lari dari bayar hutang

Kalau perasan orang kaya tersebut menyebut bayar hutang, tetapi dialog asalnya adalah “lari dari income tax”. Cuba tengok betul-betul gerak mulutnya. Begitu la orang kaya (Tak Semua). Sanggup bersengkokol dengan penjenayah untuk tak nak membayar cukai (untuk pembangunan Negara) atau membantu orang yang miskin asalkan tak perlu membayar cukai.

2. Filem Ali Baba Bujang Lapok – Scene di pasar raya (ada yang kena delete)

Penjual 1: Ganja, Ganja !

Penjual 2: Candu, Candu !

Marjina: Saya mahu beli belacan

Penjual 3: Shhhhhhh ! Jangan cakap kuat-kuat ! Nanti polis tangkap sama saya.

Marjina: Jual belacan pun polis tangkap ?

Penjual 3: Ya Cik Siti. Jual candu ada lesen, Jual ganja ada lesen, Jual belacan tak ada lesen. Saya smuggle dari Malaya

3. Filem Laksamana Do Re Mi – Part di mana puteri dah diselamatkan. Mi masuk ke dalam bilik tuan puteri:

Mi: Tuan Puteri, ada sabun tak ?

Tuan Puteri: Nak buat apa tengah-tengah malam sabun ?

Mi: er … err …. (tengok gerakan tangan dia. Hanya lelaki je faham ! hahaha)

4. Filem Musang Berjanggut – Scene Pusapawangi dan Tok Kadi

Pusawangi: Kanda, bolehkah adinda bertanya tentang undang-undang negeri di sini ?

Tok Kadi: Boleh apa salahnya. Undang-undang apa dinda ?

Pusawangi: Salah atau tidak jikalau seseorang lelaki masuk ke rumah seorang perempuan di kala suaminya tiada di rumah ?

Tok Kadi: Itu salah besar salah besar !

Pusawangi: Kalau macam tu, kanda ni pun salahlah

Tok Kadi: Salah juga la. Tapi itu tak jadi apa. Sebab undang-undang dalam negeri kanda yang bikin .. ITU SEMUA BOLEH PADAM …

Begitulah kritikan P Ramlee terhadap pentadbiran negara waktu itu. Undang-undang yang mereka tulis dan padam sesuka hati mengikut hawa nafsu mereka.

5. Filem Musang Berjanggut – P Ramlee merujuk anak-anak pembesar sebagai “betina” dan bukan “perempuan”. Pencarian isterinya bukan sekadar pangkat, kedudukan dan paras rupa, tetapi kebijaksanaan seorang wanita membawa dirinya. Kerana pemilihan isteri yang teliti menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan perkahwinan Tun Nila Utama.

6. Filem Nujum Pak Belalang – (Bila badan dan nyawa dijumpai dalam gua)

Pak Belalang: Hai la badan .. matilah kau badan. Esok pagi akan bercerailah badan dan nyawa. Hai la nyawa .. Esok pagi sultan akan menjatuhkan hukuman pancung

Ramai merujuk cerita ini kepada Barisan Nasional (Badan – B dan Nyawa – N). Tetapi sebenarnya tidak tepat. Ini kerana filem ini diterbitkan pada tahun 1959 sedangkan (masa itu BN dikenali sebagai parti perikatan atau Alliance Front) Barisan Nasional hanya ditubuhkan pada tahun 1969 dan didaftar pada 1974 secara rasmi.

7. Filem Pendekar Bujang Lapok – Ini banyak yang disebut oleh orang ramai apabila Sudin menyebut Alif, Mim, Nun, Wau(UMNO)

Ramli: Eh Sudin .. Ini apa bacanya?

Sudin: Alif Mim NUn Wau  . Alif tendang Waw .. Sarkis Daaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *