Tak Perlu Berbelanja Mahal.. Hanya Beberapa Minit Kulit Gelap Di Sekitar Miss V Akan Kembali Putih Dengan Bahan ini..

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Celah paha merupakan antara anggota tubuh yang sukar dijaga kerana ia merupakan bahagian tubuh yang agak tertutup dan kesan hitam sering berlaku pada bahagian tersebut.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Keadaan ini menjadi masalah kepada wanita yang menjadi stress apabila melihat anggota tubuhnya bertukar menjadi hitam.

Mencerahkan atau memutihkan kulit di bahagian tertutup seperti peha sememangnya tidak memerlukan kepakaran yang tinggi, namun tidak semua orang tahu bagaimana untuk melakukannya secara semula jadi dan berkesan.

PUNCA

1.Berat Badan Berlebihan 

Masalah berat badan adalah antara faktor pangkal peha menjadi gelap. Ketika berjalan, terjadinya gesekan diantara kulit paha sehingga warna kulit di bahagian tersebut menjadi lebih gelap berbanding sebelumnya. Untuk mengurangkan gesekan tersebut, penurunan berat badan dapat membantunya.

2- Kerap Digaru 

Keadaan kulit yang lembap seperti bahagian celah peha menjadikannya kerap berpeluh. Apabila berpeluh, mulalah rasa gatal timbul dan tangan terus rasa nak menggaru. Menggaru boleh menyebabkan luka dan iritasi sehingga kulit menjadi gelap. Apabila terasa gatal, cukuplah sekadar lap dan keringkan secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau kain bersih.

3- Kesan Jangkitan Dan Hormon 

Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan sering mengalami masalah ini kerana lipatan pada pangkal paha meninggalkan pigmentasi berlebihan. Resistensi insulin yang kerap terjadi kepada wanita mendorong kulit celah paha bertukar menjadi lebih gelap.

CARA MENGHAPUSKANNYA

Kapur sirih dan limau nipis merupakan antara bahan semulajadi yang berkesan untuk menghilangkan kesan hitam pada celah peha.

Anda hanya perlu campurkan kedua bahan tersebut dan sapu kan pada bahagian celah paha yang hitam. Lakukan dengan kerap bagi melihat hasil yang ketara.

Selain daripada itu, timun dan lemon juga dilihat dapat memutihkan bahagian tersebut secara semula jadi.

Tidak perlu lagi mengeluarkan kos yang tinggi untuk menghilangkan kesan hitam di celah peha. Bahan-bahan semulajadi seperti ini bukan sahaja dapat membantu menghilangkan kesan hitam bukan sahaja di celah paha, namun ia juga dapat menghilangkan kehitaman di celah ketiak dan juga leher.

Sumber: remaja.my via FB Keluarga Till Jannah via rencahrasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *