Akhirnya Terbongkar Siapa Yang Selalu Susun Selipar Di Masjid.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bagaimana hendak mengumpul pahala? Bermacam macam cara boleh kita kumpul pahala dengan mudah. Islam itu mudah bak kata ulama ulama dan ustaz. Apa yang perlu kita buat hanyalah berusaha untuk mencari saham akhirat atau tiket untuk kita ke Syurga Allah SWT. Pahala ini umpama markah, jika buat baik dan dapat pahala akan ada markah tetapi jangan lupa jika kita buat dosa markah akan ditolak. Nauzubillah Min Zalik.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Susun Selipar Di Mesjid
Kisah susun selipar di mesjid bukan 1 kisah baru tetapi kisah ini harus lah diulang kali ceritakan terutama kepada anak anak kita supaya mereka tahu bahawa perbuatan ini sebenarnya bukan hina tetapi sangat mulia. Mempermudahkan perjalanan seseorang selepas selesai urusan di mesjid seperti solat Jumaat sangat berguna. Bayangkan ketika habis solat jumaat, semua akan keluar serentak. Tidak mustahil tempat kita tinggalkan selipar akan berubah tempat ke tempat lain samada dekat atau jauh.

Pada tahun 2016 ada kisah yang tular tentang susun selipar. Mari baca petikan dari MSTAR ONLINE.

TINDAKAN seorang remaja lelaki yang menyusun kasut jemaah di Masjid Al Shariff Gombak baru-baru ini mendapat perhatian netizen selepas video tersebut dimuat naik ke Facebook dan mendapat lebih dari 40,000 perkongsian dengan lebih dari 800 komen.

Video yang menjadi viral sejak Ahad itu dikatakan telah dirakam dan dimuat naik oleh seorang lelaki yang menggunakan nama Putera Rawi selepas teruja melihat indakan remaja itu sejak beberapa hari lalu.

Video yang mendapat respon positif netizen itu juga menerima komen memuji tindakan mulia remaja tersebut selain menjadi contoh terhadap kerja amal yang dilakukannya.

SUMBER : MSTAR ONLINE

“Dia ni rupa2nya…..yg selalu tolong susun selipar di kuliah jumaat, Medan Ilmu, Kota Bharu”
Inilah ungkapan dari saudara Hasme Zam Hashim bila dia nampak budak lelaki di bawah ini yang menyusun semua selipar ketika kuthbah jumaat. Dari gaya penulisan beliau seperti perkara ini selalu berlaku tetapi tidak tahu siapa yang buat. Akhirnya beliau berjaya merakamkan dalam bentuk video untuk dijadikan tontonan umum. Subhanallah, mulianya hati adik ini. Dari raut muka dia seperti dia gembira dan tidak kisah untuk menyusun selipar di mesjid tersebut. Semoga Allah SWT murahkan rezeki adik dan permudahkan rezeki adik ini di dunia dan di akhirat.

By: KLVIRAL/eE

Add Comment