Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Memotong kuku kucing adalah antara tugas yang paling sukar untuk dilakukan oleh pemilik haiwan itu. Mereka adakalanya seperti anak kecil yang suka mengelak untuk dipotong kuku. Mungkin kerana pernah tercedera oleh penyepit kuku yang tajam, atau mungkin mereka hanya takut apabila melihat penyepit kuku yang ‘menyeramkan’.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Bagi pemilik seekor kucing di bawah ini dia nampaknya mempunyai cara yang tersendiri supaya boleh memotong kuku kucingnya. Dia menggunakan sebuah kotak bersaiz sederhana besar yang sememangnya muat untuk kucingnya.
Kucing ini tiada pilihan lain, mahu atau tidak kukunya harus dipotong kerana dia tidak boleh lagi melarikan diri atau menyorok!
Pada awalnya, pemilik kucing ini mengumpan kucingnya supaya masuk ke dalam kotak. Dia kemudian mengeluarkan kaki kucing itu untuk dipotong kukunya.
Lihat bagaimana pemilik kucing ini melakukan kerja-kerja pemotongan kuku. Lebih mudah daripada biasa.
Kuku kucing adakalanya memang perlu dipotong kerana ia boleh membuatkan kita tercedera dengan cakaran mereka yang tajam. Bagi kita yang dewasa mungkin tiada masalah jika dicakar kucing tetapi bagi kanak-kanak mereka biasanya tidak dapat menahan sakit.
Jadi, potong dahulu kuku mereka sebelum kucing kita mencederakan sesiapa.
Sumber: Era Baru