14 tahun menanti untuk hamil, akhirnya wanita ini pergi selamanya selepas melahirkan zuriat untuk suaminya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Hari ini merupakan hari yang paling menyedihkan dalam kehidupan saya semenjak bergelar seorang doktor. Saya pernah mengendalikan begitu banyak pesakit yang merupakan ibu hamil di wad bersalin dan setiap kali saya berada di wad, saya akan berdoa supaya Allah SWT memberkati mereka semua.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Perasaan sakit yang dialami oleh wanita di wad persalinan tidak dapat dijelaskan dan ini tidak lagi termasuk dengan penderitaan mereka selama 9 bulan mengusung kandungan di dalam perut mereka.

Namun hari ini saya gagal menahan air mata saya kerana dengan perasaan yang pahit, saya telah kelihangan seorang pesakit wanita. Kita tidak pernah meminta supaya perkara-perkara seperti ini terjadi, tetapi semua itu adalah perancangan Allah SWT.

Aku tertanya-tanya, kenapa kes wanita ini begitu menyakitkan? Wanita itu telah diuji sepanjang perkahwinannya dan kini beliau telah diuji lagi. Wanita itu pada mulanya mandul selama 14 tahun dan telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan zuriatnya.

Akhirnya Allah memberkati dia, jauh melampaui ilmu pengetahuan manusia. Dia baru saja hamil meskipun dia menderita cyst di dalam ovarinya, ditambah pula dengan masalah fibroidnya yang besar dan mulai mencair. Namun Allah telah menunjukkan kemuliaan dan kebesarannya. Wanita itu hamil.

Setelah 9 bulan, tiba saatnya, suaminya membawanya ke hospital dan dengan segera saya meninggalkan semua kerja aku dan terus datang kepadanya. Setelah berjam-jam wanita itu berusaha untuk melahirkan anaknya secara normal, kami kemudiannya telah membuat keputusan untuk menjalankan pembedahan.

Walau bagaimana pun, kami kehilangan dia tapi bayinya masih hidup. Sebelum dia meninggal, dia memegang bayi itu didakapannya dan tersenyum dia berkata “Allah itu hebat” dan kemudian dia melepaskan bayi itu.

Saya merasa sedih dan dengan perasaan yang berat hati, saya sampaikan khabar itu kepada suaminya sendiri dan setelah mendengar kabar tersebut suaminya terus jatuh pengsan. Dalam sekelip mata, hari bahagia mereka berubah menjadi sedih. Kita kehilangan hidup orang yang kita cintai demi untuk melahirkan kehidupan baru hari ini.

Mohon hormati wanita kerana mereka sanggup bertarung nyawa dan mengorban diri mereka semata-mata mahu melahirkan zuriat untuk suami mereka.  Membawa bayi kita selama 9 bulan bukanlah perkara yang mudah dan wanita terpaksa melalui proses melahirkan berjam-jam lamanya.

Saya berdoa kepada Allah untuk menyenangkan hati setiap orang yang membaca ini, terutama wanita hamil, mohon sertakan mereka dalam doa-doa anda.

Wahai Suami yang terkasih, .

Saya ulangi hormati isteri kita kerana dia benar-benar pembawa kehidupan dan semoga Allah menguatkan semua wanita hamil, Yang akan melahirkan bayi seperti kambing tanpa rasa sakit.

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !! II

Sumber: ohmymedia

One thought on “14 tahun menanti untuk hamil, akhirnya wanita ini pergi selamanya selepas melahirkan zuriat untuk suaminya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *