Rahsia kulit berseri dan kekal lembap, ikuti 9 langkah mudah ini

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sudah menjadi fitrah wanita yang mengimpikan kulit cantik, licin, bebas jerawat dan jeragat, lembut serta gebu. Hal ini menjadikan golongan wanita sering menghabiskan wang untuk membeli pelbagai jenis produk di pasaran yang dikatakan mampu memberikan hasil kulit wajah seperti yang didambakan. Namun, bukan semua produk berkesan dan apa yang membahayakan adalah ia mengandungi bahan kimia.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Jikalau ada pun produk yang betul-betul berkesan dan terjamin, pasti ianya memakan belanja dan kos yang besar. Bukan semua orang mampu untuk membeli apatah lagi memakainya. Setiap orang juga mempunyai jenis kulit yang berbeza antara satu sama lain, dan mungkin keberkesanan sesuatu jenis produk ini bergantung kepada jenis kulit. Buat mereka yang memiliki kulit sensitif, pasti anda risau untuk mencuba sebarang produk kerana kulit sensitif bakal memberi reaksi terhadap bahan kimia.

Bagi mengatasi masalah berikut, anda boleh cuba sendiri merawat kulit wajah di rumah sahaja. Ikuti perkongsian seorang wanita iaitu Norafiza Mahmud di laman Facebook yang telah pun mencecah 53,000 perkongsian tentang cara terbaik untuk menjadikan kulit muka berseri dan cantik.

Hydrating mask diperlukan untuk mengekalkan kelembapan kulit agar muka sentiasa mulus, berseri, dan berupaya mengecilkan pori. Anda boleh menyapunya pada kulit muka, sekitar kaki atau pada tumit kaki yang kering dan merekah. Cara-caranya :

  • Ekstrak dan korek sebiji tomato (sebiji tomato boleh digunakan sebanyak 3 kali)

Kredit: Norafiza Mahmud / Facebook

  • Beras hancur (dua sudu makan) diperlukan dan tidak perlu dibasuh.

Kredit: Norafiza Mahmud / Facebook

  • Yogurt asli tanpa perisa boleh ditambah untuk kesan optimum

Kredit: Norafiza Mahmud / Facebook

  • Satu sudu makan madu asli

Kredit: Norafiza Mahmud / Facebook

  • Campurkan semua bahan berkenaan dan kacau sehingga sebati

Kredit: Norafiza Mahmud / Facebook

  • Balut dan simpan campuran tersebut di dalam peti ais selama 30 minit hingga 1 jam

Kredit: Norafiza Mahmud / Facebook

  • Sapu pada muka dan biarkan selama 15-30 minit sebelum digosok lembut

Kredit: Norafiza Mahmud / Facebook

  • Buang blackhead dan whitehead, kemudian cuci dengan menggunakan hydrating mask berkenaan dan bilas.

Kredit: Norafiza Mahmud / Facebook

  • Akhir sekali, sapukan ais pada kulit wajah bagi menambah kesegaran kulit selain mengecilkan liang pori

Kredit: Norafiza Mahmud / Facebook

Hydrating mask ini disarankan untuk anda menggunakannnya dalam keadaannya yang masih sejuk. Proses ini dapat mengecilkan pori-pori agar kulit kelihatan mulus dan halus serta tampak segar.

Sumber: Norafiza Mahmud / Facebook via Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *