Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, itulah pepatah Melayu yang sering digunakan dalam proses mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang lebih berjaya dan berguna pada masa depan untuk mengantikan generasi baby boomers.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Berdasarkan kepada pepatah lama itulah cara yang digunakan oleh Angkasawan Malaysia yang pertama, Sheikh Muzaphar Shukor mendidik anak-anaknya.
Semalam, pakar bedah Ortopedik itu telah memuat naik sebuah video di Instagram beliau sedang mengajar puteri sulungnya yang dikenali sebagai Bella untuk menghafaz surah pendek iaitu surah Al-Maun walaupun Bella baru sahaja berusia 7 tahun.
Video:
Every Sunday night I try to push Bella to memorise one short Surah and Alhamdulillah mudah untuk Bella and I feel memorising comes naturally to children provided you start them young.
Do introduce AlQuran to your children from a very young age. InsyaAllah everything will come with ease . Reciting the Quran cleanse up the heart and certainly improves their memory.
Good Night Everyone.
Just sharing.
Video yang berdurasi lebih kurang 1 minit itu telah mendapat perhatian para pengikutnya di Instagram beliau. Ramai memuji cara didikan bapa kepada empat orang anak itu dalam mendidik anak-anak. Lebih-lebih lagi apabila beliau mengimbangkan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg
Sumber: IG Sheikh Muzaphar Shukor