KANAK KANAK 11 TAHUN INI DUKUNG ADIK DIA SETIAP HARI KE SEKOLAH. BILA DITANYA JAWAPAN YANG DIBERIKAN MEMANG MEMILUKAN

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ketika kanak-kanak lain seusianya berlari, bermain dengan gembira di padang dia pula terpaksa menggalas kerja sebagai seorang abang dalam masa yang sama turut menjadi ibu bapa buat dua orang adik lelakinya. Itulah kehidupan yang perlu dilalui oleh seorang kanak-kanak lelaki dari Leyte, Filipina ini.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Setiap hari, Alexis Peralta yang baru berusia 11 tahun itu akan mendukung adik lelaki bongsunya, AJ ke sekolah. AJ yang berusia 4 tahun itu tidak boleh berjalan atau bercakap. Menurutnya, jika dia meninggalkan adik kecilnya di rumah tiada siapa yang akan menjaga si kecil jadi dia memutuskan untuk membawa adiknya ke sekolah bersamanya.

Buat masa sekarang Alexis dan adik-adiknya tinggal di pejabat pengetua sekolahnya. Pihak sekolah memutuskan untuk memberikan tempat perlindungan sementara kepada kanak-kanak itu jadi, Alexis tidak lagi perlu berjalan selama 2 jam untuk ke sekolah.

Walaupun masih terlalu muda Alexis sudah pandai melakukan kerja-kerja rumah. Setiap hari selepas pulang dari sekolah dia akan mula memasak dan menyuapkan makanan buat adik kecilnya, AJ. Dia juga mencuci pakaian mereka dan memandikan AJ serta tidak pernah meninggalkan adiknya bersendirian.

Semuanya bermula apabila ayahnya meninggalkan keluarga sejak 7 tahun lalu. Ibunya pula meninggalkan mereka bersama bapa tiri mereka sementara dia pergi ke Manila untuk bekerja. Menurut Alexis lagi bapa tirinya sering memukul mereka jadi dia memutuskan untuk lari dari rumah bersama adik-adiknya.

Walaupun dia ditinggalkan ibu dan bapa kandungnya dia tidak pernah berharap agar suatu hari nanti ibunya akan kembali semula. Akhirnya apa yang dihajati menjadi kenyataan apabila ibunya akhirnya pulang juga. Apa yang berlaku selepas itu pasti akan buat hati anda lebih tersentuh…

SUMBER : ERA BARU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *