15 Panduan untuk memelihara kucing agar padan dengan sifat keperibadian dan gaya hidup anda

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Memelihara binatang peliharaan bukan hanya kerana secara suka-suka sahaja, Jika anda seorang yang pentingkan dengan persekitaran hidup anda pada masa yang sama ingin memelihara binatang peliharaan terutamanya kucing.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Di sini ada beberapa tip untuk anda sebelum mengambil keputusan memelihara jenis baka kucing yang sesuai dengan sifat keperibadian dan gaya hidup anda. Ikuti jenis-jenis baka kucing di bawah hingga akhir halaman ini.

Kesimpulan

Sumber: © depositphotos

Setakat ini, hampir 50 ekor kucing yang telah berbeza kategori telah dikenal pasti.

Setiap ekor kucing mempunyai keperluan dan pengajaran yang berbeza dan ini adalah amat penting bagi anda untuk membuat keputusan untuk memastikan anda memelihara kucing yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda supaya kedua-dua pihak akan berasa selesa.

1. Jenis menunjuk-nunjuk

Sumber: © depositphotos

Jika anda meminati ataupun menyukai kucing eksotik, Kucing jenis Egytian Mau adalah kucing untuk anda.

Ia mudah untuk didekati oleh siapa-siapa sahaja dan bersifat berdikari dan satu-satunya mempunyai bulu jenis semula jadi. Kucing ini juga boleh sesuaikan diri dengan binatang peliharaan yang lain.

2. Peliharaan keluarga

Sumber: © depositphotos

Sekiranya anda berkeluarga yang mencari kucing peliharaan, kucing jenis Birman mungkin adalah yang sesuai untuk anda. Mereka bersifat menyayangi, manis, dan sangat ramah.

3. Pilihan kucing untuk yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil

Sumber: © depositphotos

Jika anda mempunyai anak kecil, anda harus mempertimbangkan kucing jenis Ragdoll. Mereka seperti Labradors bagi dunia kucing, bersifat santai dan bertolak ansur dan juga gemar bermain hide-and-seekselama berjam-jam. Lapisan bulu juga tidak memerlukan penjagaan kos yang tinggi dan mudah diurus.

4. Kucing tapi bersifat seperti haiwan anjing

Sumber: adventures.of.aya.and.shaka/instagram

Jika anda meminati anjing sebagai haiwan peliharaan tetapi atas sebab-sebab tertentu anda tidak boleh memelihara anjing. Kucing baka Burmese adalah yang sesuai untuk anda.

Mereka amat pintar, setia dan cerdas. Mereka juga gemar mendekati orang. Jangan terkejut jika mereka akan memyambut anda di hadapan pintu semasa kepulangan anda dari tempat kerja seperti biasa dilakukan oleh haiwan anjing.

5. Kucing bagi orang yang sibuk

Sumber: lena_russian_blue/instagram

Sekiranya anda jenis yang sibuk dan jarang meluangkan masa dengan haiwan peliharaan anda, kucing jenis Russian Blue bermungkinan sesuai untuk anda.

Mereka sangat aktif dan mempunyai bulu yang cantik, di samping itu ia tidak memerlukan banyak pembersihan untuk kelihatan teratur.

6. Pemilik yang berpengalaman

Sumber: bengal.cats.love/instagram

Jika anda pemilik kucing yang pernah mengendalikan haiwan peliharaan kucing sebelum ini. Anda boleh mencuba untuk memelihara kucing baka jenis Bengal. Mereka sangat gemar bermain, rupa dan bulu mereka kelihatan seperti harimau bintang. Mereka juga bersifat berdikari dan bebas.

7. Kucing berbadan besar

Sumber: © depositphotos

Sekiranya anda menyukai kucing yang mempunyai fizikal yang besar, maka baka jenis Maine Coon adalah pilihan untuk anda. Mereka dikenali kerana mempunyai ciri-ciri sifat keperibadian menyenangkan dan jenis ramah dengan kanak-kanak. Bagi dunia kucing mereka digelar sebagai “Gentle Giants”.

8. Kucing berbadan kecil

Sumber: © depositphotos

Sekiranya anda meminati kucing jenis berbadan kecil, Munchkin pilihan yang terbaik untuk anda. Mereka mempunyai kaki yang amat pendek berbanding dengan kucing-kucing lain dan ini membuatkan mereka unik. Ciri-ciri unik mereka yang lain pernah direkodkan sebagai baka kucing terkecil dan berat hanya diantara 5 lb hingga 9 lb.

9. Bagi pemilik yang baru sahaja ceburi dalam dunia peliharaan kucing

Sumber: © eastnews

Jika anda baru sahaja ceburi dalam dunia kucing untuk memelihara mereka. Kucing jenis Manx adalah pilihan tepat untuk anda. Mereka amat mesra, bersifat mudah dan berjenis sosial. Mereka mempunyai rupa paras yang asli dan tidak mempunyai ekor, menjadikan mereka kelihatan amat comel.

10. Kucing untuk warga yang berumur

Sumber: © depositphotos

Kucing Parsi adalah kucing yang sesuai dengan warga yang berumur untuk dijadikan sebagai teman hidup jika anda tidak kisah untuk menghabiskan masa untuk mengemaskan lapisan bulu mereka. Mereka bersifat tenang dan sangat suka dibelai.

11. Kucing menyerupai seperti E.T

Sumber: © depositphotos

Sekiranya anda gemar menonton filem-filem bertemakan makhluk asing dan ingin memiliki makhluk asing sebagai haiwan peliharaan anda sendiri. Kucing jenis baka Sphynx adalah pilihan untuk anda. Anda tidak akan merasai bosan pada setiap hari kerana rupa paras mereka yang unik, bersifat gurau dan mempunyai tingkah laku ingin tahu yang tinggi.

12. Kucing hypoallergenic

Sumber: © depositphotos

Kucing hypoallergenic  bermaksud kucing yang tidak mendatangkan alahan kepada manusia. Bukan semua jenis kucing adalah berjenis hypoallergenic, tapi ada sejenis kucing yang tidak mendatangkan kesan alahan kepada manusia iaitu kucing jenis baka Balinese yang amat sesuai bagi pemilik ataupun ahli keluarga yang mempunyai alahan terhadap haiwan peliharaan.

13. Apa sahaja jenis kucing

Sumber: © mariewalsh/reddit

Pada penghujung hari, kucing juga memerlukan tempat tinggal yang selesa bagi mereka. Anda boleh mendapatkan teman hidup anda di pusat perlindungan dan berikan mereka penjagaan agar hidup mereka tidak disia-siakan.

14. Pilih secara bijak

Sumber: © depositphotos

Jangan hanya memilih paras rupa kucing itu. Sifat-sifat mereka juga harus diambil tahu sebelum membuat keputusan.

15. Tambahan

Sumber © innana96 / imgur

Dikatakan bayi yang membesar dengan haiwan peliharaan akan menggembirakan bayi. Bukan itu sahaja, mereka juga amat comel jika dekat bersama.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! II

Sumber: erabaru

One thought on “15 Panduan untuk memelihara kucing agar padan dengan sifat keperibadian dan gaya hidup anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *