Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Semenjak kes semalam, bayi lelaki Adam Raykal, 5 bulan yang dijumpai mati di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya, buat semua ibu-ibu gundah gulana, gelisah dan bimbang untuk menghantar anak ke rumah pengasuh.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Rasa bimbang itu sentiasa menghantui namun apakan daya, ibu terpaksa bekerja demi memenuhi keperluan hidup. Tawakal dan berserah pada Allah adalah perkara yang mampu dilakukan.
Pun begitu perkongsian seorang wanita ini, Uyu Fatehah pasti buat ibu-ibu makin lega dan mengurangkan rasa bimbang. Usaha dan terus tawakal pada Allah.
Buat ibu bapa yang mahu tinggalkan anak dengan pengasuh, boleh amalkan doa ini.
Ini doa yang guru saya, Almarhum Tuan Guru Ust Dr. Haron Din ajar dahulu.
Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:
أَسْتَوْدِعُكَ ٱللَّهَ الَّذِي لَاتَضِيعُ وَدَا ئِعُهُ
“Aku letakkan engkau dalam jagaan Allah yang takkan pernah menyia-nyiakan apa yang di dalam jagaan-Nya”
Al Imam Abdul Wahhab al- Sya’rani mengatakan:
“Di antara akhlak para Solihin ialah mereka menyerahkan segala urusan diri, anak-anak, serta ahli keluarga mereka kepada Allah Ta’ala “.
Gambar hiasan.
#Takziah buat ahli keluarga adik Adam Hayqal. Semoga Allah beri ketabahan kepada kalian.
Semoga dengan perkongsian doa ini buat hati ibu ayah bertambah tenang untuk melakukan kerja dan tanggungjawab harian. Kita doakan sama-sama.
Kredit: Uyu Fatehah
Sumber: Keluarga
Sumber: lubukmaklumat