Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Ibu bapa yang ada anak kecil pasti susah hati kalau baby terkena selesema dan batuk. Anak jadi tak lalu makan, tak lena tidur dan tentunya meragam kerana tak selesa.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Bila jadi begini dah tentu mak dan ayah juga kena tempiasnya berjaga untuk anak. Nak beri makan ubat pun satu hal, selalunya bayi akan menolak.
Kalau ada yang berdepan dengan situasi macam ni, boleh cuba petua rawat bayi yang batuk dan selesema menggunakan daun sirih. Sebelum ini pernah juga membaca perkongsian tentang petua tapi rasa musykil. Terfikir betul ke hanya guna daun sirih boleh rawat selesema dan batuk.
Tapi selepas membaca perkongsian kali ini oleh NurFarahin Hamdi, rasanya petua ini boleh jadi mujarab. Dikongsi oleh 12 ribu netizen kebanyakannya kaum ibu ramai yang mengakui keberkesanannya.
INFO
Perubatan tradisional banyak menggunakan daun sirih untuk meredakan kesakitan. Daun sirih mengandungi eugenol yang bersifat antifungal.
Ia berfungsi untuk menghalang perkembangan yis dari Candida albicans. Daun sirih juga mengandungi antiseptik yang berperanan membunuh bakteria. Sifat antiseptiknya lima kali lebih efektif.
Selain untuk selesema bayi, dauh sirih juga boleh digunakan untuk meredakan bayi kembung. Caranya pun lebih kurang sama.
Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu diserang angin pasang.
Sumber: NurFarahin Hamdi Anselmus