Pipi terpaksa dikorek kerana jangkitan kuman. Doktor syak puncanya kerana ‘laga-laga pipi semasa beraya’

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Setiap manusia tidak kira lelaki atau perempuan, tua mahupun muda mengimpikan kulit wajah yang bersih dan bebas cela. Tetapi bayangkan jika wajah anda terpaksa dibelah dan dijahit disebabkan oleh jangkitan kuman.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ngeri bukan?Hidayah Saari melalui Facebooknya telah kongsikan satu insiden yang berlaku kepada dirinya sendiri. Jelas Hidayah, pipi kanannya terpaksa ‘ditoreh’ sebelum dijahit oleh doktor bagi mengeluarkan nanah dan ketulan yang membengkak pada pipi.

Justeru, Hidayah ingin orang ramai menjadikan kejadian yang berlaku kepadanya ini sebagai pengajaran dan dia juga sempat mengingatkan supaya ‘jangan suka sangat laga pipi dengan orang lain’.Menerusi perkongsiannya, Hidayah menceritakan bahawa dia mulai perasan akan kewujudan ‘biji’ kecil pada pipi kanannya semasa sambutan Aidilfitri yang ketiga.

Namun pada ketika itu, Hidayah menyangka ianya sekadar jerawat lalu memutuskan untuk mengabaikannya.Bagaimanapun, biji tersebut terus membesar dari hari ke hari sehingga membuatkan Hidayah tidak mampu menanggung kesakitan.

“Tak tahan sangat sebab berdenyut-denyut. Picit sendiri tak pecah-pecah sebab tiada mata.”

Kemudian pada raya kelapan, Hidayah nekad untuk menjalankan pemeriksaan di klinik pakar kulit. Sebaik sahaja menemui doktor, Hidayang dimarahi kerana bertindak terlalu lambat. Menurut doktor yang merawatnya, ketulan pada pipi tersebut sudah mengeras dan menjadi nanah!

“Dia (doktor) kata bukan bisul, bukan juga jerawat tetapi jangkitan kuman. Dia periksa muka ini. Dia kata tiada bekas jerawat baru. Kadang jadi begini sebab kita picit jerawat kemudian jari yang kotor itu pegang pipi yang tiada jerawat.”Tambah Hidayah lagi, “Doktor kata mungkin seronok sangat laga pipi masa raya. Kita tidak tahu orang yang kita laga pipi itu baru lepas picit jerawat ke, ada jerawat nanah ke.”

Tanpa membuang masa, doktor terus memutuskan untuk membelah pipi Hidayah dan mengorek segala isi nanah yang tertanam pada pipinya itu. Keesokan harinya, Hidayah kembali semula ke klinik dengan pipinya yang berlubang.Jelas doktor, kulit pipi yang dibelah itu tidak boleh bercantum sendiri kerana dalamnya sudah kosong, doktor terpaksa menjahit pipi Hidayah sebanyak empat jahitan!

Kejadian yang berlaku kepada Hidayah ini haruslah dijadikan peringatan buat kita semua. Walaupun segalanya telah beransur pulih (cuma tinggal kesan parut), Hidayah mengingatkan para pembaca agar sentiasa menjaga kebersihan wajah dan elakkan memegang wajah dengan tangan yang kotor.

Sumber: Hidayah Saari via Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *