Minum Kopi Ais Mampu Elakkan Kembung Perut Di Waktu Pagi

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Berita baik untuk pesakit gastrik, mulai saat ini anda sudah boleh minum kopi pada waktu pagi.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Menurut seorang doktor pakar sakit dalaman Dr Annisa Maloveny, kopi ais sangat baik untuk pesakit gastrik, ia membantu mengurangkan sakit gastrik. Jadi tidak perlu risau untuk minum kopi lagi selepas ini.

Asid yang terkandung dalam kopi ais adalah lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan kopi panas. Selain daripada itu penggunaan air panas semasa menyeduh kopi boleh melepaskan asid pekat yang terkandung dalam biji kopi.kopi ais, ais kopi, khasiat kopi, khasiat kopi ais, kebaikan kopi ais, pesakit gastrik digalakkan minum kopi ais

Sementara itu, ketulan ais pula akan mencairkan kepekatan kopi lantas membuatkan pesakit gastrik berasa selesa apabila meminumnya.

Doktor tersebut juga menyarankan agar pesakit gastrik megambil minuman kopi ais sejam atau dua jan selepas makan. Pastikan perut tidak kosong kerana ia akan menyebabkan pengeluaran asid dalam perut meningkat.

Jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan lagi. Nikmati lah kopi ais anda.

.

Ini Sebab Doktor Sangkal Petua Viral Petai Pulihkan Sakit Buah Pinggang

Kecoh di laman sosial tentang amalan mengambil petai mampu membantu memulihkan penyakit buah pinggang. Amalan memakan petai tidak membantu pesakit buah pinggang pulih daripada penyakit kronik itu. Pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah berkata amalan tersebut adalah mengarut.

“Petai hanya menyebabkan kencing berbau, tak akan membantu memulihkan penyakit buah pinggang. Sangat mengarut! Petai tidak boleh pulihkan pesakit kronik,” kata beliau dalam posting di laman Facebooknya.

Dr Rafidah berkata demikian bagi mengulas mengenai rakaman video seorang pesakit yang mendakwa bacaan paras gula darahnya menurun dengan amalan makan petai.

Tidak mahu ia terus meresap dan menjadi kepercayaan masyarakat, pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah tampil menyangkal hal tersebut.

Dia yang menjelaskan hal itu menerusi laman Facebook miliknya berkata amalan tersebut adalah mengarut!

“Mohon jangan percaya entah siapa dalam video itu. Ya Allah, tahan ke hari-hari makan petai sebanyak itu,” ujarnya.

Katanya lagi, tidak mungkin petai mampu memulihkan pesakit kronik, yang ada hanyalah kesan kencing berbau.

“Petai hanya menyebabkan kencing berbau, tak akan membantu memulihkan penyakit buah pinggang. Sangat mengarut! Petai tidak boleh pulihkan pesakit kronik,” katanya lagi.

Dr Rafidah juga berkata petai mengandungi kalium atau potassium yang tidak disyorkan diambil berlebihan oleh pesakit buah pinggang.

“Pesakit dialisis makan petai banyak macam ini? Tahukah anda petai banyak potassium. Dahlah dialisis dikurangkan, makan petai sebanyak itu! Saya gerenti ini rawatan sendiri, bukan dari saranan Pakar Nefrologi,” katanya. – Sumber: FB Dr Rafidah

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan berita tidak benar mengenai khasiat petai yang didakwa mampu mengubati penyakit buah pinggang. “Mohon jangan sebar berita mengarut macam ini. Kawal jari jemari anda,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *