‘Allahuakbar. Inilah rezeki ghaib yang Allah nak beri kat saya’ – Kisah di sebalik rezeki lelaki ini dengan Dato Aliff Syukri

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Jika hari ini kita mengeluh dengan kehidupan dan pendapatan yang tidak stabil, adakah kita sudah muhasabah diri kita cukup atau tidak ibadah yang kita kerjakan. Kehidupan hari ini menuntut kita memberikan tumpuan sepenuhnya pada kerjaya. Namun, sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia, soal ibadah yang wajib kita tunaikan jangan kita abaikan.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Sekiranya kita mendahulukan perkara yang lebih wajib, sudah pastinya ganjaran yang terbesar akan diterima. Anan Adli berkongsikan pengalamannya yang telah memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangka apabila mendahulukan urusannya kepada Tuhan sebelum menyelesaikan urusannya untuk manusia.

KEJAR DUNIA KE KEJAR AKHIRAT?

(Kisah di sebalik rezeki saya dengan Dato Aliff Syukri).

Nak share sikit kisah disebalik mcm mana Dato Aliff Syukri boleh beli artificial grass dari saya. Sebab saya rasa magic sangat Allah nak beri rezeki tu pada saya.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya tahun lepas pada tarikh 19 November 2017, saya ada mencuba rezeki dengan mesej Dato Aliff kat Instagram beliau dengan harapan Dato akan baca mesej saya itu dan respond.

Saya beritahu Dato, saya buat AIA Takaful dan juga Artificial Grass. Manalah tahu Dato berminat, kan. Tetapi sampai sekarang Dato tak read pun mesej saya itu.

Pada kebiasaannya kalau customer nak tengok sampel, saya minta customer untuk datang area Shah Alam. Tapi hari itu Allah gerakkan hati saya untuk pergi jumpa dengan lelaki itu dan tunjuk sampel. Masa itu saya kat Kuala Lumpur dan kami bersetuju untuk berjumpa di area Kota Damansara.

Setelah berjumpa, lelaki tersebut minta izin untuk bawa balik sampel rumput itu untuk ditunjukkan pada boss beliau. Saya dah la ada satu saja sampel untuk setiap jenis rumput. Tapi sekali lagi Allah gerakkan hati saya untuk benarkan dia bawa balik sampel rumput itu.

Keesokkan petang lelaki tersebut call saya 2-3 kali juga tetapi saya tak dapat pickup call sebab saya tengah training kat Puchong. Saya WhatsApp dia bagi tahu yang saya tengah dalam training, tak dapat nak jawab call. Dia pun faham, dia kata boss dia bersetuju untuk beli rumput saya yang 30mm tu dan dia nak suruh pasang petang itu juga. Dia nak terus transfer duit dan minta pasang hari tu juga.

Saya beritahu dia, tak sempat nak pasang hari ni sebab masa tu dah pukul 4 petang. Supplier tutup pukul 5. Nak ambil rumput kat supplier memang akan ada masalah jalan jam. Lagi-lagi orang tengah berpusu-pusu nak balik berbuka. Tetapi lelaki tu minta tolong untuk install hari ni juga.

Selepas habis training kat Puchong saya terus kelam kabut bergegas kat supplier. Saya beritahu supplier tolong jangan tutup lagi. Saya datang nak ambil rumput ni. Customer dah bayar, nak datang ambil saja. Alhamdulillah, supplier baik hati dan boleh tunggu sampai saya datang.

Minyak kereta masa itu dah berkelip-kelip sebab nak habis. Kalau nak pegi cari stesen minyak mesti lagi lambat nanti. Jadi saya tawakal je teruskan ke supplier. Masa sampai supplier tu dah pukul 6.40 pm. Saya tak solat Asar lagi masa tu.

Saya teringat kat NKVE Damansara ada stesen minyak. Boleh solat dan isi minyak kat situ. Dengan jalan jem dan hujan, memang lambatlah saya sampai. Huhu. Lelaki tu dah beberapa kali tanya saya dah sampai mana . Saya beritahu saya tengah sangkut dalam jem.

Lebih kurang nak sampai, 1 kilometer dari stesen minyak, Allah uji saya dengan minyak kereta saya habis. Masa tu jam menunjukkan pukul 7 pm. Dengan hujan, jalan jem, tak solat Asar lagi dan dah nak berbuka, kereta saya berhenti di lorong kecemasan. Mujur masa tu kereta saya berada di laluan kiri. Jadi saya sempat ke lorong kecemasan sebelum kereta mati.

Saya terduduk diam kejap dalam kereta. Adakah saya nak kejar dunia dengan tinggalkan je solat Asar dan nanti ganti balik solat tu, sebab customer dah tunggu lama atau saya nak kejar akhirat, buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan dulu urusan dunia. Dalam hati saya bercakap dengan Allah.

“Ya Allah, aku tahu Kau sedang menguji ku. Tapi aku redha dan aku tahu Kau sedang merancang yang terbaik untuk ku.”

Saya pun mencapai botol mineral kosong dalam kereta, pasang lampu hazard dan terus berjogging tepi hiway NKVE menuju ke Petronas tepi NKVE Damansara tu. Sampai Petronas, saya nampak ada satu pam kosong. Saya pun terus ke pam tersebut. Swipe credit card dan isi minyak dalam botol mineral. Total RM3 lebih satu botol 1.5 liter itu.

Then saya terus masuk surau dan solat Asar. Perasaan leganya dah solat Asar sebelum masuk waktu berbuka itu memang tak dapat digambarkan. Terus saya beli sebotol mineral kecil dan berlari semula ke kereta yang tersadai.

Lima minit selepas itu, azan maghrib berkumandang. Saya minum seteguk dan terus berlari ke kereta. Waktu nak isi minyak dalam tangki tu memang suspend. Entah-entah tak cukup ke sebotol tu kan. Dah nak kena berlari balik. Dengan baca bismillah saya start kereta. Alhamdulillah boleh start! Terima kasih Allah!

Saya pun bawa kereta pergi balik ke stesen minyak dan isi balik minyak. Lelaki tu mesej lagi beritahu dia dah balik.

“Nanti awak deal dengan staff lagi sorang. Dia bagi tahu nanti dah sampai guard, cakap kat guard nak pergi rumah Dato Aliff Syukri.”

Saya macam, “Eh, macam familiar nama ni.”. Dah sampai rumah yang besar tak dapat nak dibayangkan, saya tanya staff dia, boleh tak nak tumpang solat maghrib? Dia bawa kami ke next building yang menempatkan surau dan gym. Dah settle solat saya pun mula pasang rumput tu dalam hujan renyai-renyai dengan adik saya.

Tak lama selepas tu, Dato pun keluar. Dia cakap “La… ada orang pasang rumput ke kat luar ni? Kenapa tak pasang esok je? Dah la hujan pula tu. Dah-dah, continue esok je.”

Saya beritahu Dato, “Takpelah, saya pasang je alang-alang dah sampai.”

Dato tanya, “Ni dah berbuka belum?”

Saya cakap, “Errr.. dah Dato.”

“Haaa! Tu lambat je jawab, mesti belum makan. Dah-dah jom makan dulu,” Dato mempelawa kami masuk untuk makan walaupun pada ketika itu kami dalam keadaan basah. Dia suruh isteri dia bawa ke dapur.

Sebelum itu, Dato minta izin, “Boleh tak ambil video awak pasang rumput ni?”. Lepas tu nanti dia akan post kat Instagram @palacealiffsyukri. Saya tanpa berfikir panjang cakap, “Ehhh boleh jeee. Nape pulak tak boleh.”

Selepas ambil video tu, saya dan adik saya pun masuk ke dapur dan makan. Rupa-rupanya Dato Aliff terus post video tadi. Ya Allah, lepas dia post je beribu-ribu orang add saya kat IG @artificialgrassbyanan. Dengan yang mesej lagi, memang tak menang tangan saya dibuatnya. Sebelum ni biasanya dalam seminggu ada lah 3-4 orang yang mesej. Tetapi selepas post tu, satu malam je berpuluh-puluh mesej.

VIDEO:

Allahuakbar. Inilah rezeki ghaib yang Allah nak beri kat saya. Dia uji saya dulu nak tengok saya ni nak buat tak apa yang Dia suruh. Nak tengok saya ni pilih dunia ke akhirat. Benarlah kata Allah, kalau kita mengejar Akhirat, Dunia akan ikut kita. Tapi kalau kita mengejar Dunia, Akhirat tak akan ikut kita.

Jadi buatlah apa yang Allah suruh dengan penuh yakin dan sungguh-sungguh. Tinggalkan apa yang dilarang. Nescaya Allah akan beri rezeki yang melimpah ruah dari sumber yang tak disangka-sangka.

Siapa sangka, kan, mesej enam bulan lepas walaupun Dato tak seen pun sampai hari ni, tetapi Allah dah tetapkan rezeki ni untuk saya. Allah sehebat-hebat perancang. Terima kasih Papa Adanan Abdullah, Mama Rohana Othman, Abah Abdul Rahman Hashim, Mama Azizah Ahmad, isteriku Redzlin Hasyim  dan semua yang selalu mendoakan rezeki dan kejayaan saya. Terima kasih Dato @aliffsyukriterlajaklaris dan @palacealiffsyukri kerana beri peluang untuk orang-orang macam saya. Semoga Dato dan keluarga ditambah-tambahkan rezeki yg melimpah ruah

Thank you Allah.

Sumber: Anan Adli / Thereporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *