Baca & Fahami Dua Benda Ini Menghalang Malaikat Rahmat Masuk Rumah Kita.Inilah Puncanya.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Rumah-rumah yang menyenagkan kepada Malaikat Rahmat untuk masuk ke dalamnya adalah rumah-rumah yang sering terdengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran dari penghuninya

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Selain itu, menurut Ustad Riza Rahman Lc, ada dua hal yang menjadi menghalang malaikat pembawa rahmat itu masuk ke rumah kita.

“Dua perkara itu adalah binatang anjing yang berkiaran di dalam rumah serta gambar lukisan yang menyerupai wajah manusia atau makhluk hidup lain,” ujar ulama di Banjarmasin yang pernah belajar di Kaherah Mesir ini.

Di hadapan jamaah Salat Isa Masjid Al Jihad Banjarmasin, dia mengingatkan agar umat Islam tidak mempamerkan lukisan yang menyerupai manusia atau makhluk hidup lainnya. Selain akan menghalngi malaikat pembawa rahmat masuk juag di akhirat akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah.

“Allah akan meminta pelukis dan pemasangnya untuk memberi nyawa kepada lukisan menyerupai manusia itu. Padhala itu mustahil dapat dilakukan manusia,” ujarnya.

Kalau hanya gambar hasil cetak, menurutnya, majoriti ulama tidak mengkategorikannya sebagai karya lukis artinya boleh saja apalagi kalau ukruannya kecil.

Sumber: NasihatUstaz.my

.

Cara Mudah Cuci Sinki Untuk Hilangkan Mendapan Air Keras

Seperti yang kita sedia maklum, dapur adalah ruang yang sangat penting & boleh dikatakan sebagai nadi bagi sesebuah kediaman. Di sini lah makanan disediakan sebagai hidangan untuk seisi keluarga anda. Adalah sangat penting untuk kita pastikan kebersihan dapur di tahap yang terbaik.

Pernah tak anda lihat kesan mendapan warna putih pada kepala paip atau sinki. Biasanya ia terjadi pada sinki atau kepala paip aluminium. Mendapan ini akan menjadikan permukaan sinki atau kepala paip aluminium di dapur anda menjadi pudar & nampak kusam. Sebagai contoh anda boleh lihat gambar di bawah. Tahu kah yang ini berpunca daripada kesan air keras (hard water).

Air keras sebenarnya merujuk kepada kandungan ion Magnesium & ion Kalsium yang tinggi dalam air tersebut. Sinki & pili sangat cenderung kepada kotoran yang terhasil daripada mendapan air keras ini. Kotoran ini biasanya sangat sukar untuk hilang. Ini menyebabkan sinki anda yang sebelumnya berkilat kini jadi suram & tak menarik.

Jangan risau. Dengan idea yang boleh dikatakan sebagai bijak ini, sinki atau paip anda akan kembali berkilat sama seperti mula-mula pasang dulu. Idea yang sangat mudah & menggunakan bahan-bahan yang biasa kita guna di dapur.

Anda tidak perlu guna bahan kimia khas untuk hilangkan kotoran ini. Cukuplah dengan cuka, kain buruk & span. Cuba lihat idea dari Crouton Crackerjacks di bawah untuk gambaran terperinci. Jom cuba sendiri cara mudah cuci sinki menggunakan cuka.

Asid dalam cuka akan bertindak untuk melarutkan mendapan tadi & hasilnya – kotoran senang untuk dibersihkan.
Anda boleh cuba sendiri cara ini yang memang mudah untuk cuci sinki atau kepala paip.Jangan lupa kongsikan dengan kami jika tips ini berjaya.Kami ingin ketahui apa hasil anda di ruangan komen di bawah.

The post Cara Mudah Cuci Sinki Untuk Hilangkan Mendapan Air Keras appeared first on Hias.my.

Sumber: Hias.my

Add Comment