‘Allah Ingin Mengangkat Darjatmu Lebih Tinggi..’ – Ucapan Ziela Jalil Menyentuh Hati Netizen

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Anak kepada Ziela Jalil, Puteri Julia Nabilah telah selamat bernikah dengan pasangan pilihannya dua hari lalu. Anak sulung kepada penerbit ini bukan sahaja cantik, malah merupakan seorang doktor.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Terbaru, ucapan Ziela Jalil kepada anaknya membuatkan netizen tersentuh. Ibu mana yang tak sebak apabila anak perempuannya akan melangkah ke alam perkahwinan.

Kau anak yang baik

Banyak dugaan kau tempuh

Anak Ku, sejak usia muda Mu kau diuji, kehilangan bapa ketika kau masih bersekolah dan masih dahaga kan kasih dan sayang nya, Allah menyanyangimu nak, kerana itu kau menjadi pilihannya utk melalui dugaan ini… Kau terus diuji bila terpaksa berjauhan dgn keluargamu demi menuntut ilmu, kau sering dan terpaksa mendengar rintihan dari Ibumu atas segala masaalah walaupun ketika itu kau anakku sedang menuntut jurusan/bidang yg bukan mudah dan sgt mencabar, tapi kau tetap menjadi pendengar setia ibumu and shoulder for me to cry on.

Banyak dugaan yang kau tempuh, kesedihan yang terpaksa kau lalui anakku dan mama tak pernah putus mendoakanmu,..kerana kau anak yg baik, anak yg sentiasa membahagiakan mama, kau anak yg kuat hatinya, akhirnya kau menemui cinta sebenar yg membahagiakanmu namun kau terus diuji, sehingga pada hari bahagiamu masih ada yg cuba utk membuat kau sedih anakku dari manusia yg tidak bertanggung jawab, Syaitan yg bertopeng kan manusia, hatinya yg cukup kotor sehingga tergamak dia menfitnah, Allahu Akbar!…

Yakin lah pada Allah anakku, sesungguhnya Allah ingin mengangkat darjat yg lebih tinggi utk Mu dan juga suamimu, Aamiin… Buat Kedua dua anakku, Puteri Julia Nabilah dan Dziya Faqhran, Selamat Pengantin Baru, Mama doakan Semoga Berbahagia Kalian Sehingga Jannah dan jadi lah Suami dan Isteri yg Soleh dan Solehah juga Ibu/bapa Mithali buat zuriat keturunan kalian, Aamiin Yaa Rabb..#dziyaputeringonit

Sumber : Ziela Jalil

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !!

Sumber: ohbulan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *