Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Pokok Kapal Terbang atau lebih dikenali sebagai Pokok Kapal Terbang, Pokok Jepun ataupun Pokok Jerman atau nama saintifiknya Chromolaena odorata. Daunnya mempunyai bau. Daun dan bunga diguna untuk merawat luka dan sebagai racun serangga.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kegunaan perubatan pokok kapal terbang hanya sekadar untuk kegunaan luaran sahaja.Daun kapalterbang dijadikan ubat luka. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dah ditampal pada bahagian yang luka itu.
Selain daripada itu daun kapalterbang merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. caranya daun kapar terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan buih. buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut.
Ia juga diupar bersama dengan daun kapal terbang dan kapur untuk untuk ubat kebung dan cirit birit bayi. Selain daripada itu, Ia juga boleh merawat kanak-kanak yang lelah jika disapu pada dada dan perut bayi.
Selain dari itu ibu-ibu selepas bersalin menggunakan daun ini untuk bertunku. Khasiat daun kapal terbang ini juga herba mandian atau herba wap. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan.
Selain daripada kegunaan perubatan daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak.
Ia kadang-kadang ditanam sebagai tumbuhan perubatan dan hiasan. Ia digunakan sebagai ubatan tradisional di Indonesia. Daun muda yang dihancurkan, dan cecair yang terhasil boleh digunakan untuk merawat luka–luka kulit.