Anda Pasti Tidak Akan Buang Uncang Teh Yang Telah Digunakan Selepas Tahu Terdapat Banyak MANFAATNYA

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sudah pasti ramai yang suka minum teh terutama menggunakan tehuncang kerana ianya mudah untuk disediakan tapi korang tahu tak selain teh uncang itu dibuat air ada banyak lagi kegunaannya?? Korang baca ni, pasni pasti korang takkan buang uncang teh yang sudah guna.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Anda Pasti Tidak Akan Buang Uncang Teh Yang Telah Digunakan Selepas Tahu Terdapat Banyak MANFAATNYA !!! | Uncang teh yang dah dipakai rupanya ada fungsi dan manfaat berguna kalau korang nak tahu. Bukan sekadar untuk hasilkan air teh semata-semata , tapi ada banyak sebenarnya manfaat dan sangat berkesan jika diamalkan. Nak tahu apa? Jom baca kat bawah ni :

1)Boleh hilangkan bau kaki yang berpeluh

Ambil uncang teh terpakai korang letak dalam besen yang berisi air suam dan rendam kaki selama 15 minit. Kemudian bersihkan kaki. Lebih bagus lakukan sebelum tidur.

2) Menghilangkan Eye Bag

Korang rendam uncang yang dah diguna dalam air sejuk, kemudian letak pada mata. Biarkan semalaman ketika waktu tidur

3) Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan

Tahukah anda uncang teh yang sudah diguna boleh menghapuskan bau yang tidak senang dalam peti ais ? Ya, ambil sahaja beberapa uncang teh terpakai dan letak dalam peti sejuk.

4)Mengatasi masalah jerawat

gosok uncang teh pada muka anda dan biarkan seketika

5)Mencuci peralatan dapur

Ya, uncang Teh terpakai boleh menghilangkan kesan minyak yang melekat pada alatan di dapur. Cara seterusnya, jika bekas atau periuk dipenuhi dengan lemak, rendam sahaja dengan air panas dan letak beberapa teh uncang yang dah dipakai. Hasilnya, lemak dan kotoran degil akan hilang !

6) Baja tanaman

hampas teh sangat berguna untuk tanaman dan ia akan bertukar sebagai baja organik sekaligus akan menyuburkan tanaman. Korang tabur sahaja ke dalam pasu dan lihat manfaatnya sendiri.

7) Menghilangkan Sunburn

Ambil hampas teh yang dah diguna dan gosok untuk menghilangkan kesan terbakar pada kulit muka.

Sumber : abangterlajaklaris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *