Rahsia Bismillah 5, Pendinding dan Ayat Penyembuh (Syifa) Segala Penyakit

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Mungkin tak ramai yang tahu bahawa Bismillah 5 adalah pendinding serta ayat penyembuh (Syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat digalakkan dijadikan sebagai amalan seharian.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Image result for Rahsia Bismillah 5, Pendinding dan Ayat Penyembuh (Syifa) Segala Penyakit

Fadhilat Bismillah 5

Kelebihan dan keistimewaan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:

  1. Menghalang syaitan dan jin.
  2. Terpelihara dari musuh dan bahaya.
  3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
  4. Penawar penyakit gila meroyan.
  5. Melegakan bengkak serta benjol.
  6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.
  7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
  8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
  9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Antara Kaedah Rawatan

Tangan diletakkan di tempat yang sakit. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas serta khusyuk. Hembuskan pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke seluruh badan.

Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan iktikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil tangan diletakkan di kawasan tersebut.

Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat surutkan benjol anak. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam, Bismillah 5 dan sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Amalan Bismillah 5

Ayat ‘Bismillah 5’ ini disarankan sebagai doa yang boleh dibaca sebelum makan atau minum ubat. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali selepas solat.

Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman. Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’.

Bacalah dengan yakin dan khusyuk serta hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap. ‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *