Kisah Hari Raya. TV Plasma Harga RM3999 Jatuh Berderai Sebab Anak Hyper. Ini Yang Terjadi Kepada Ibu Dan Ayah Budak Itu

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

*Gambar diatas sekadar hiasan semata-mata sahaja.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Bila tiba musim perayaan terutama pada Hari Raya Aidilfitri sememangnya kita akan menerima kunjungan dari saudara mara atau rakan rakan yang ingin beraya. Tetapi ada kejadian dimana hari raya yang sepatutnya gembira hari itu tetapi diakhiri dengan kesedihan. Sebelum ini kita dengar kisah apabila kanak kanak yang datang beraya masuk dan geledah barang lelaki ini dan menjumpai koleksi mainan Hotwheels. Kanak kanak tersebut bertindak buka kotak Hotwheels yang sememangnya tidak boleh dibuka. Ini semua terjadi bila kurang pengawasan dari ibu bapa mereka sendiri.

Kali ini timbul satu lagi kisah yang agak sedih tetapi ibu bapa yang perlu menanggungnya. Mari baca.

Ade keluarga bertandang kat rumah sedara aku
Anak dia hyper gila mak dia plak marah2 macam tu jer,takde nak tarik anak duk dengan dia diam2..

Berlari sana sini. Tiba2 gedegang!!!!!

TV PLASMA JATUH!!!!!

berderaiii baii… Serpihan berterabur

Terus sedara aku terpekik,tv tu dia beli 3999 baru dua bulan rasmi?
Cuak budak2 tu terus berdiri belakang mak dia,mak dia terkedu dah,pak dia angkat buntot terus keluar rumah,hareemmmm punya perangai

Mak dia buat2 marah lepas tu kata pergi kat ayah,
Maaflah yee,suami tergesa2 keluar saya kena ikut nanti kena tinggal

Terus sedara aku keluar g tarik laki dia
“Bang harga tv rm3999,bayar sekaranglah yee,saya kumpol 4 kali gaji,kalau tak bayar jangan balik,saya report polis dan cas datang ceroboh dan rosakkan harta benda..

Terus laki dia diam,bincang dengan bini… 10 minit datang balik kat sedara aku mintak bayar 2ribu jer..
Sedara aku berkeras kata NO

Last2 bini dia gadai hp dengan emas cukupkan 3999. Petang tu jugak settle..

Konklusinya di sini,kadang2 kita nampak benda remeh tapi besar impaknya kalau anak2 kita tak dididik dengan akhlak dan adab bertandang…

Jangan kata “ala,budak2 biasalah” Kerana disitu menunjukkan anda gagal mendidik. Beranak pandai didik tak tahu. Perkongsian daripada Qhalida Qaseh.

Kisah ini sumber dari: Malaysian Response Team

LCD TV Kamu retak-retak? Jangan Panik  Lihat Video ini

Add Comment