Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Tahniah diucapkan buat usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri kerana isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid telah pun selamat melahirkan cahaya mata lelaki seberat 3.15 kilogram, pada Isnin.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Pengumuman tersebut telah pun dikongsi ibu Aliff yang juga merupakan seorang pengasas kosmetik terkenal, Rozita Ibrahim menerusi Instagram beberapa jam selepas kelahiran.
Mengakui teruja apabila mendapat tahu dirinya sekali lagi menerima cucu, Rozita atau lebih mesra disapa Bonda Rozita ini juga turut berkongsi, menantunya itu melalui proses bersalin dengan mudah selama satu jam tanpa sebarang jahitan.
“Teruja sangat saya sampai tak pakai kasut berkejar sambut cucu. Senang sangat menantu saya bersalin selepas buka 4cm.
“Tak sampai satu jam dia melahirkan bayi yang sangat comel. Berat 3.15 kg tanpa jahitan. Alhamdulillah, cucu lelaki yang comel sangat-sangat,” tulisnya yang turut berkongsi video kegembiraan mereka sekeluarga itu.
Manakala penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu turut memuat naik video ketika menemani isterinya yang sedang menunggu detik melahirkan bayi mereka.
Sementara itu, Alif menerusi Instagramnya turut memuat naik foto anak keempatnya, lengkap dengan akaun Instagram khusus buat bayi comel yang diberi nama Yusoff al Qardawi itu.
“Sedap tak nama saya @yusoffalqardawi nama alim ulama islam.. bukan nama retisss korea.. sbb besar nanti sy nak jadi alim ulama.
“Thanks smua makcik dan pakcik yg sudi follow ig baru @yusoffalqardawi sbb kat sana abah sy post lagi bnyak pic saya…,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #pictangkapgunahpjee.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.
Terdahulu, pasangan ini turut mengambil anak angkat tahun lalu iaitu Ameena pada bulan Oktober yang kini berusia sembilan bulan dan Qayyum, tujuh bulan awal Disember lalu. – Sumber Media Hiburan
Bonda Rozita tegur Aliff Syukri
Ini yang ibu kepada Aliff Syukri tegur dia untuk cucu beliau Yusuf,
“Jambang misai abah serabut..sakit cucuk kat kulit plez lah sakit kulit yusuff..Jgn upload gambar baby byk2..seminggu sekali je..Mmg nenek rindu tp kena tau penyakit yg Rasullullah sebutkan..Bila terlalu banyak kagum atau pujian xnak baby x tahan penyakit Ain..kena dengar apa org cakap..sayang kat yusuf ni plez abah yg baik budi..plezz..nenek sayang yusuf sgt.sgt kesian kat nenek ni merayu”
Rata rata netizen menyokong apa yang Bonda Rozita pesan
qalishy_iman – “@bondarozitaibrahim aah..betul tu bonda..rasulullah pun ada sebutkan”
rokiahkiah – “Kdang2 kite kena jg dgr nasihat yg trdahulu mkn garam dr kita krna mereka bnyak pengalaman atau alaminya sndiri.”
rahmahabdwahab – “@bondarozitaibrahim betul bonda cakap. Setuju . Moga baby yusoff dilindungi selalu kalau jarang2 post kan nanti baru lah followers ternanti2 dan rindu kat baby comel ni”
Video yang ibu Aliff Syukri tegur beliau di Instagram
Gangguan Jin dan Baby Dalam Facebook Ustaz Azhar Idrus
Betul ke kalau upload masukkan gambar bayi kurang daripada 40 hari dalam Facebook boleh kena gangguan jin? Dengarkan penjelasan Ustaz Azhar Idrus kuliah ilmu.