SAFIEY ILLIAS MENANGGUNG MALU SELEPAS SERANG DR AMALINA, INI SEBABNYA…

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sebelum ini telah banyak Doktor Amalina bongkarkan ketidak benaran produk-produk kecantikan yang ada di Malaysia. Kerana kelantangan Dr Amalina Ini juga ramai pengusaha kecantikan yang tidak berpuas hati dengannya.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Kini, sudah ramai pakar perubatan yang bertauliah bersuara bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai implikasi pengambilan suplemen tersebut. Tambah parah apabila golongan selebriti juga turut menjadi duta dalam mempromosikan produk kesihatan ini. Dr Amalina juga turut meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa selebriti yang berkongsi mempromosikan produk tanpa usul periksa seperti Datul Seri Siti Nurhaliza dan Elfira Loy.

Siti Nurhaliza juga mendapat komen telus dari Dr Amalina

Dia berasa amat kecewa dengan tindakan Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana mempromosikan air minuman jenama i-mizu yang dikatakan dapat menjadi panawar kepada 150 jenis penyakit. Katanya, dia begitu meminati Datuk Seri Siti dan tidak menyangka sama sekali bahawa penyanyi ini juga terlibat dalam kes begini.

Kali ini, giliran Safiey Illias pula menyerang Dr Amalina tapi dapat dipatahkan dengan respon yang agak mencuit hati.

Komen Safiey Illias tentang Dr Amalina dan Respon dari Dr Amalina

Latar Belakang Pencapaian Dr Amalina

Komen Netizen yang menyerang Safiey Illias

Doktor Amalina juga mengalu-alukan mereka yang tidak berpuas hati berdebat sekiranya tidak berpuas hati dengan ulasan yang diberikan.

Sememangnya pengambilan produk ‘sains palsu’ yang tidak terjamin keberkesanannya secara klinikal amatlah berbahaya, ikhtiar dengan akal bukan dengan membabi buta. Kerana tindakan anda yang obses dengan kecantikan boleh mengakibatkan komplikasi masalah penyakit kronik yang sangat bahaya antaranya sakit buah pinggang, kanser dan macam-macam lagi. Dapatkan nasihat doktor yang bertauliah bukan dari penjual yang hanya mengejar keuntungan.

sumber : facebook via otokgeligo

‘Jangan obses ambil jalan mudah’, Amalina kongsi tips kekal sihat

'Jangan obses ambil jalan mudah', Amalina kongsi tips kekal sihat

Foto: Dr Amalina mengamalkan minuman air putih serta senaman setiap minggu untuk kekal sihat dan bertenaga.-Foto Instagram/Dr Amalina Che Bakri

KUALA LUMPUR: Pelbagai jenis air minuman yang dicipta pada hari ini sebagai usaha menambah tenaga serta menjaga kesihatan seseorang itu.

Namun sebaliknya bagi doktor viral, Dr Nur Amalina Che Bakri, beliau hanya mengamalkan air putih serta melakukan senaman setiap minggu.

Amalina yang kini menjalani latihan pembedahan di ‘The Royal College of Surgeons’ di England, memuat naik status dalam laman media sosialnya, Twitter hari ini.

“Tidak usahlah nak minum air alkali, air detoks atau air itu ini.

“Berapa banyak air yang kalian nak cipta ini, saya hanya minum air masak sahaja.

“Sedangkan di UK, saya makan buah-buahan serta sayur-sayuran dengan banyak selain pergi ke gim tiga hingga keempat kali dalam seminggu,” katanya.

Beliau turut menambah, hasil dari amalan tersebut, beliau mampu mengekalkan tenaga dan menunaikan kerja sebagai doktor dengan sangat baik.

“Kadang-kadang, saya juga berlari sekeliling taman atau tepi sungai.

“Ternyata, saya masih boleh kekal aktif dan sihat. Jangan obses ambil jalan mudah,” jelasnya lagi.

Sumber: Astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *