Gempar Bila 6 Lagi Jenama Tin Sardin Yang Memang Makanan Harian Rakyat Malaysia Disahkan Ada Cacing. Cuba Lihat Yang Mana Anda Selalu Makan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cacing dalam sardin? Bila tengok list list nama sardin yang terbaru, rasanya hampir semua rakyat Malaysia pernah makan jenama tin tersebut. Allahu !

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Adakah kita perlu berhenti terus makan sardin? Mari lihat kenyataan rasmi dari Kementerian Kesihatan berkenaan isu ini.

6 lagi jenama sardin ada cacing

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin yang mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sudah mengambil tindakan penguatkuasaan dan syarikat yang terbabit sudah diarah menarik balik produk berkenaan dari pasaran serta dikenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

“Tahan, Uji dan Lepas adalah tindakan di mana sampel akan diambil untuk melalui proses analisis dan produk berkenaan hanya dilepaskan sekiranya keputusan menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

“Manakala bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Noor Hisham berkata, bagi produk ikan dalam tin, risiko kesihatan yang akan dihadapi oleh individu amat rendah kerana cacing terbabit sudah mati kerana melalui proses memasak atau pengetinan.

“Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terbabit dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah satu kesalahan.

“Jika sabit kesalahan boleh boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam produk ikan sardin berkenaan adalah jenama ..

Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Beliau berkata, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah, kawasan, bahagian yang terdekat boleh menghubungi kementerian laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

SUMBER : BHARIAN

Video Sardin yang ada cacing yang telah menjadi tular baru baru ini

Kenyataan dari berita sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *