DAH SANTAU PASTU LANGGAR SUAMI SEHINGGA KOMA, KINI SUAMI INI KINI BAHAGIA DENGAN KELUARGA BARUNYA

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Persepsi “Men are trash” kini semakin sinonim di kalangan netizen terutama bagi kaum wanita yang beranggapan lelaki sering berlaku curang dan berkelakuan jelek terhadap mereka. Perkara ini berlaku tidak kira yang belum mahupun yang sudah berkahwin.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Namun, isu ini terjadi sebaliknya kepada seorang lelaki di Facebook menggunakan nama Ku Fazly yang telah berkongsi pengalaman hidupnya disantau dan dilanggar oleh isterinya sehingga koma akibat kantoi lari bersama teman lelaki yang lain.

Isterinya yang dikatakan berlaku curang telah bersikap agresif dengan memandu kereta Perodua Myvi sehingga sanggup langgar dirinya dan membawa anak bongsu mereka berusia tiga tahun yang dikatakan menghidapi penyakit Autisme.

“Abah!! Tak yah la”
Jika dilihat pada rakaman video yang berdurasi 48 saat itu, dia kelihatan cuba untuk menahan kereta tersebut daripada mengambil anak bongsunya.

Tindakan dia dengan mematahkan wiper sebelum kereta tersebut bergerak berterusan sehingga dirinya tercampak ke bahu jalan sehingga mengalami kecederaan di kepala.

Polis diam, tidak ambil tahu
Walau bagaimanapun, Ku Fazly mendedahkan rakaman video berkenaan kerana beliau sudahpun membuat laporan polis pada Julai tahun lalu namun tiada tindakan yang diambil oleh polis berikutan kes langgar lari.

Sudah bahagia pada Raya 2018
Sewaktu kejadian, Ku Fazly dan bekas isterinya masih bergelar suami isteri. Namun, Ku Fazly kini sudah bahagia apabila menjalani kehidupan bersama isteri barunya.

Kehidupan bahagia Ku Fazly ketika raya 2018.

Jadi netizen di luar sana sudah boleh berhenti menggunakan perkataan ‘men are trash’ untuk melambangkan seorang lelaki kerana tak semua lelaki berlaku curang, ada juga segelintir perempuan yang curang.

Namun, dalam hal ini kita jangan menyalahkan sesiapa, kita ambil pengajaran untuk elakkan perkara ini terjadi pada keluarga kita.

Sumber: Ku Fazly

TERDAHULU…
ISTERI CURANG LANGGAR SUAMI BERSAMA TEMAN LELAKI, POLIS TIDAK BERBUAT APA APA.

Viral sebuah video di laman sosial apabila seorang lelaki kelihatan cuba untuk menahan sebuah kereta yang dipandu oleh seseorang di dengan agresif. Pada masa yang sama kereta tersebut masih bergerak dan enggan untuk memberhentikan kenderaan sehingga lelaki tersebut berada di hadapan kenderaan tersebut.

Lelaki tersebut kemudiannya menarik beberapa bahagian kenderaan kereta tersebut dan mematahkan wiper kenderaan tersebut sebelum pemandu kenderaan tersebut berterusan untuk mambawa kereta tersebut sambil melanggar lelaki yang mematahkan wiper kenderaannya . Kenderaan tersebut berterusan dipandu sehingga lelaki tersebut mendapat beberapa kecederaan.

Sekiranya dilihat dari video tersebut , lelaki yang mematahkan wiper kenderaan tersebut berada pada pihak yang salah namun cerita sebenar tersebar apabila lelaki tersebut menjelaskan bahawa kejadian tersebut sebenarnya berlaku pada tahun lepas dan pemandu kereta tersebut adalah teman lelaki bekas isterinya yang kantoi curang lalu melarikan diri bersama teman lelakinya dengan kereta tersebut.

Lelaki tersebut memviralkan video berkenaan kerana setelah hampir setahun berlalu namun tiada tindakan yang dilakukan oleh polis untuk kes langgar lari yang dilakukan oleh teman lelaki bekas isterinya. Pada waktu kejadian tersebut berlaku, Lelaki tersebut dan bekas isterinya masih bergelar suami isteri dan kini mereka telahpun bercerai.

Netizen bersimpati dengan lelaki tersebut kerana dia bukan sahaja ditinggalkan isterinya malah dilanggar oleh isterinya yang membawa lari anak beliau yang berusia 3 tahun.

Sumber: Rosesmediadaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *