Hilangkan Bisa, Lenguh Sendi, Gangguan Mahkluk Halus Dengan Amalkan Doa Ini

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara ini digunakan untuk menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus. Caranya mudah sahaja.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
  1. Beli 1 pack Ais, masukkan ke dalam baldi Dan di campurkan Air sedikit dalam baldi tersebut.
  2. Perahkan Limau Nipis@Limau purut dalam 4 ke 5 biji dalam baldi.

Sebelum mandi anda baca:

  1. Al-Fatihah 3x.
  2. Al-Ikhlas 3x.
  3. Dan Selawat 3x.

Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu selesai baca mandi.

Sebaiknya mandi ini buat bilasan terakhir, mandi dulu dengan Air biasa baru mandi air limau ini. Mula mandi dari kepala, lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.

Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda. Badan, kepala akan menjadi ringan. Sekiranya anda sedawa atau muntah selepas mandi, dinasihatkan dapatkan rawatan Islam berhampiran.

Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit, buang angin dan bisa dalam badan. Disarankan mandi sebaiknya waktu selepas subuh dan selepas maghrib.

Izin Allah In Shaa Allah sembuh.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidi

.

8 Tanda-Tanda Rumahtangga Anda Terkena Sihir

Image result for 8 Tanda-Tanda Rumahtangga Anda Terkena Sihir

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:

  1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan seks. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
  2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
    Isteri (atau ada juga suami) berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
  3. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
  4. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
  5. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
  6. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
  7. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
  8. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.

Sekiranya ada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.

Antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat.

Selain itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi lemah (dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:

  1. Pastikan tidak ada gambar-gambar dan lukisan makluk bernyawa yang dipamerkan (di dinding, almari, meja dan lain-lain). Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar dan patung yang dipamer merupakan tarikan yang kuat kepada jin-jin, dan menjauhkan para malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.
  2. Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.
  3. Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.
  4. Elakkan daripada berkumandangnya lagu-lagu dan bahan tontonan yang tidak mendekatkan kita dengan agama. Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.
  5. Wujudkan majlis taklim harian di rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari. Contohnya beli apa-apa buku yang mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara lantang manakala yang lain-lain mendengarnya. Walaupun majlis ini kecil dan singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan mengecewakan syaitan-syaitan.
  6. Ahli keluarga yang lelaki (suami dan anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah tuntutan.
  7. Mengadakan kenduri doa selamat jika berkemampuan.
  8. Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang-orang beriman.

Sumber: islamituindah.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *