Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Allahu Robbi. Lihatlah betapa mulianya akhlak seorng anak yang mengendong ayahnya yang lumpuh untuk mengerjakan haji. Semoga Allah memberikan balasan yang baik kepadamu nak…
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami dan kedua ibu bapa kami. Berbuat baiklah kepada mereka sebagaimana mereka berbuat baik kepada kami semasa kami kecil…
Ya Allah kurniakanlah kesihatan yang baik kepada ayahanda, hati yang redha dgn kekurangan yang dialami, jiwa yang tenang dengan isteri tercinta, istiqamah dalam ibadah dan diberi peluang mengerjakan haji bersama keluarga.
“Dan kurniakanlah kebaikan kepada kedua-dua anak ini, limpahkanlah rezeki yg mencurah2 buat mereka, kurniakanlah umur yang berkat buat mereka, lapangkanlah hidup mereka, mudahkanlah urusan mereka, kurniakanlah keluarga yg sakinah dan mawaddah buat mereka berdua,
kurniakanlah zuriat yang selalu ingat mendoakan mereka berdua, dikurniakan silaturrahim yg erat dan ikhlas antara adik beradik, saudara mara dan teman2, bebaskanlah mereka dari belenggu hutang, percukupkanlah keperluan mereka, jemputlah mereka berdua dan keluarganya menunaikan haji pula nanti ya Allah..”
Sumber: Islamikinfo
PEMERGIAN RAKYAT MALAYSIA INI JADI VIRAL KERANA MENINGGAL DEPAN MAKAM NABI SEMALAM, APA KEBAIKAN DILAKUKANNYA?
Subhanallah, tiada apa lagi yang lebih membahagiakan apabila dijemput Ilahi di bulan Ramadan. Lebih membahagiakan ia berlaku di 10 malam terakhir yang berbeza dari malam-malam sebelumnya. Tapi apa yang lebih membahagiakan ialah kematian lelaki ini betul-betul berlaku di hadapan makam Nabi Muhammad SAW di Madinah. Maha Suci Allah. Malah kematiannya amat dicemburui seluruh umat Islam.
Seorang rakyat Malaysia, Badrul Munir atau mesra disapa Abg Bad di kalangan rakan-rakannya menjadi insan terpilih apabila meninggal malam tadi betul-betul di hadapan makam Rasulullah SAW di Madinah ketika arwah memasuki kawasan makam untuk solat ketika mengerjakan umrah.
Berita ini menjadi viral malah bangsa Arab sendiri menganggap perkara ini amat luar biasa kerana ianya jarang-jarang terjadi. Apa kebaikan dan sisi baik arwah sehingga darjatnya diangkat begitu tinggi iaitu dapat meninggal di hadapan makam Nabi, malam Jumaat dan lebih penting ialah di 10 malam terakhir umat Islam berpuasa.
Menurut info yang diberikan oleh seorang Ustaz iaitu Ustaz Jamal dari Hulu Langat, yang berada di Tanah Suci berkata, dikatakan arwah bersolat tahajjud di dalam bilik sebelum permergiaannya berlaku. Sempat minum satu gelas air masak dan selepas itu Ustaz Jamal sempat meminta satu gelas dari arwah.
Arwah meninggal di hadapan Makam Nabi, Malam Jumaat dan 10 Malam terakhir Ramadan. Pemergiannya yang amat dicemburui
Arwah banyak berbuat bakti kepada golongan ulama dan kerana itulah cara permergiaannya dimuliakan
Habis minum, mereka menuju ke Masjid Nabawi,s olat sunat Qabliah diikuti solat fardu Subuh dan solat jenazah. Arwah kemudiannya menuju masuk ke Makam Nabi Muhammmad SAW.
“Saya dan Wak Ramli di depan sedikit. Bad dan Ibrahim di belakang. Saya dah keluar tapi keduanya belum keluar lagi. Tunggu punya tunggu, Bad dan Ibrahim tak datang-datang. Kami gerak masuk ke masjid semula. Sampailah saya telefon dan dikatakan Bad tumbang depan Makam Rasulullah SAW.
“Arwah betul-betul jatuh depan Makam Rasullullah, terus meninggal. Innalillahiwaninailahirojiun.
Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwah Abang Bad ini ialah beliau menjadi runner membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi.
Amalan besar yang Badrul Munir dapat iaitu meninggal depan Makam Rasulullah adalah kerana dia banyak berkhidmat untuk Ulama, Madrasah, Masyaik. Semua mereka ini adalah waris Rasulullah.
permergiaannya menjadi bualan di kalangan bangsa Arab kerana cara kematiannya cukup indah
Betapa beruntungnya arwah kerana didoakan oleh orang ramai
Ratusan orang menghadiri upacara pengkebumi arwah abang Bad tanpa mengira bangsa
Arwah dikebumikan di Jannatul Baqi di Madinah
Jadi Allah baginya satu permergiaannya yang dicemburui oleh semua orang. Orang-orang Arab pun kata ini orang hebat, bukan calang-calang punya manusia. Semua doa dapat untuknya. Kami sedang aturkan solat jenazahnya dan pengkebumiannya di Janantul Baqi.
Ini enam senarai kelebihan arwah Badrul iaitu meninggal dalam Masjid Nabawi, di hadapan Makam Rasulullah SAW, Sedang Berpuasa, Safar Umrah, Malam Jumaat dan Bulan Ramadan serta 10 malam terakhir.
Sangat-sangat beruntung sesiapa yang meninggal di Madinah kerana Nabi saw akan beri syafaat.
Ini bersesuaian dengan hadis,
Sesiapa yg boleh meninggal di Madinah hendaklah meninggal di sana kerana Aku akan syafaat sesiapa yg meninggal di Madinah. Hr Tirmizi sahih.
Engkau beruntung kerana Meninggal di hadapan Rasulullah yang menyebabkan gugur dosa-dosa. Firman Allah swt :
Dan kalaulah Apabila mereka menzalimi diri mereka sendiri lalu datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 64 : Annisaa
Allahumma Innaka ‘Afuwwun
Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anni
Sumber ohgebang.com