Melihat pengasuh kesayangannya ‘diserang’, gajah ini berlari sekuat hatinya untuk menyelamatkan pengasuhnya itu

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Melihat pengasuh kesayangannya ‘diserang’, gajah ini berlari sekuat hatinya untuk menyelamatkan pengasuhnya itu

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Gajah adalah makhluk yang indah. Haiwan yang luar biasa ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membantu mereka ‘bersahabat’ dengan manusia. Mereka gemar bersosial, baik dan sangat penyayang.

Mereka juga dikenali di seluruh dunia kerana kecerdasan minda yang tinggi. Mereka melakukan segala-galanya untuk menjaga kawanan mereka dan orang yang tersayang.

Video yang luar biasa ini menunjukkan kepada kita betapa penyayangnya mereka ini. Gergasi yang baik yang dapat anda lihat dalam video ini dipanggil Thongsri. Ia adalah seekor gajah yang berusia 17 tahun yang berasal dari Chiang Mai, Thailand.

Pada suatu hari, ia sedang berjemur dan ia melihat pengasuhnya berada dalam sedikit kesusahan. Anda akan terkejut apabila anda melihat tindakan yang diambil oleh gajah ini.

Seorang pekerja telah berpura-pura menyerang pengasuhnya dan ia berlari sepenuh hatinya untuk menyelamatkannya. Serangan itu sebenarnya sengaja dirancang, tetapi gajah itu tidak mengetahuinya.

Reaksi yang anda lihat adalah 100% nyata. Dia juga berlutut untuk melihat keadaan pemuda yang disayangi itu!

Mulia sungguh kelakuan si gajah ini. Ia pastinya begitu menyayangi pengasuhnya!

Lihat Kesudahannya dalam video penuh di bawah

Sumber : Era Baru

Add Comment