Tahu Tak Air Beras Ada 6 Kebaikan Yang Kita Boleh Guna

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Oleh Feyra Nasrom Sumber Hanasuva

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Sebelum kita masak nasi, mesti kita akan bilas dahulu nasi sampai bersih, ya dak?? Haa untuk pengetahuan semua, jangan dibuang terlebih dahulu air cucian beras tu tau! Banyak kegunaan yang korang boleh guna sebenarnya. Nak tahu apa kegunaannya?? Jom baca kat bawah ni :

1)Mencerah dan menghilangkan bintik hitam??

Kalau korang nak tahu, air beras sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Selain itu, air beras ini boleh menghilangkan jeragat malah protein yang terkandung dalam air beras dapat meningkatkan produksi kolagen pada kulit kita.

2) Pembersih wajah semulajadi

Ambil air beras yang kali ketiga selepas membasuh beras dan basuh kulit wajah korang. Tepuk-tepuk wajah korang dan biar ia mengering. Jangan lap tau, biar je ia kering sendiri okay! Kemudian, korang boleh bilas dan lihat hasil kulit akan jadi lebih segar.

3) Boleh Hilangkan jerawat !

Ambil air cucian beras yang kali ketiga mencuci beras dan basuh wajah korang. Kemudian, biarkan ia mengering. Muka korang akan jadi sedikit pedih dan lama-kelamaan jerawat akan kecut..

4) Atasi masalah kulit berminyak.

Korang cuci ce muka korang dengan pencuci biasa, kemudian bilas dengan air cucian beras. Lakukan setiap hari dan korang akan peroleh hasil yang diiginkan.

5)  Cerahkan kulit korang.

Kalau nak putih cepat, basuh muka 2 hingga 3 kali seminggu. Bukan sahaja lebih cerah, kulit korang akan jadi lembut dan halus.

6)Mengecilkan liang pori

Ambil kapas, kemudian korang celup dalam air cucian beras dan sapu pada wajah korang okay! Tekap pada wajah korang secara perlahan-lahan kerana ia akan mampu mengetatkan pori-pori dan ia akan kelihatan lebih kecil.

7) Masker rambut

Korang tuang air cucian beras pada kulit kepala dan biar aje selama 20 minit okay!  Lepas 20 minit, korang bilas guna shampoo tau.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Sinar.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *