Lunak Bacaan Ayat Suci Al-Quran Seorang Qari Kelantan Ini Cetus Fenomena Sensasi Hingga Ke Negara Arab Saudi

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Seorang pemuda berasal daripada negeri Kelantan sebelum ini, Muhamad Khalid Ismail, 29 tahun, pernah tular didalam sebuah program televisyen di Seoul kerana fasih berbahasa Korea dalam mempromosikan Malaysia dimata dunia dan juga telah mengahwini seorang wanita yang juga berasal daripada negara maju itu.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Namun sekali lagi, seorang lagi anak muda Kelantan kali ini telah mengharumkan nama Malaysia kerana kelunakan suaranya apabila melontarkan kalimah-kalimah Allah melalui bacaan Al-Quran mendapat perhatian dunia dan mencetus fenomena sehingga di Arab Saudi dan negara rantau Asia Barat yang lain akhir-akhir ini.

Pemuda yang bernama Mohamad Yusuf ini telah berjaya menawan hati masyarakat di negara Arab dengan kelebihan dan kemahiran beliau mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan baik.

Fenomena ini telah membawa berita Yusuf dan mewawancaranya di salah sebuah stesen televisyen terkemuka, Al-Arabiya kerana keterujaan mereka terhadap beliau yang berjaya menghafaz Al-Quran sejak berumur enam tahun.

Meyakini kebolehan anaknya, bapa Yusuf telah mendaftkarkan anaknya mengikuti kelas disebuah masjid untuk mempelajari tajwid serta hukum bacaan dan lantas, pada usianya 13 tahun, Yusuf sudah mahir mendalami maqamat iaitu salah satu kaedah melunakkan suara bacaan.

Menurut laporan Al Arabiya menerusi wawancara tersebut, Yusuf menyampaikan terima kasihnya kepada kedua orang tua, guru serta sokongan orang sekeliling yang selalu meningkatkan keyakinan dirinya lebih sedekad lalu.

Malah, beliau juga berkongsi beberapa tokoh tersohor yang menjadi inspirasinya seperti Sheikh Mustafa Ismai, Sheikh al-Shanat Mohammed Anwar, Sheikh Ahmed Naina dan Sheikh Yasir al-Sharqawi.

Menjawab salah satu persoalan daripada pihak televisyen tersebut dimana ramai qari-qari muda meniru gaya bacaan daripada mereka yang lebih berpengalaman, namun Yusuf menjawab bahawa tidak salah untuk menggunakan teknik-teknik terbaik qari senior.  Walaubagaimana pun bagi dirinya, seseorang qari itu harus bijak merancang dan meningkatkan gaya bacan baru untuk membina imej yang unik.

Pada masa ini, Yusuf masih menuntut di Fakulti Pengajian Islam di Universiti Sultan Ismail dan beliau pernah menjuarai satu musabaqah tilawah Al-Quran yang diadakan diperingkat universiti Malaysia.

Menurut laporan lagi, Yusuf berkongsi bahawa beliau akan sentiasa berusaha untuk memperhalusi bacaannya dengan harapan untuk menjadi salah seorang qari yang dihormati.

Siakapkeli.my

Sumber: Al Arabiya English

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! II

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *