Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Jangan tidur atas lantai mosaic
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Bila teringat sewaktu mengadakan pameran di Karnival Sains tahun lalu, terfikir pula mahu menulis entri tentang “Jangan tidur atas lantai mosaic”. Terus terang saya belum buat kajian dari segi saintifik atau terbaca mana-mana tentangnya. Ianya berdasarkan logik akal. Terpulang sama ada mahu menerima atau menolaknya. Pendapat saya tidak semestinya pendapat anda.
Kenapa tidak boleh duduk atau baring di atas lantai mosaic atau jubin? Lebih utama sekali kalau anda tidak berniat untuk tidur. Mula-mula tengok tv. Tapi bila mata dah mula mengantuk, tertidur pula kan?
Apa yang ada pada lantai mosaic? Mosaic atau jubin yang digunakan di rumah atau jika anda tidak menggunakan, lantai simen juga boleh dikaitkan juga dengan entri pada kali ini. Sebelum kita melihat sejauh mana kebenarannya, kita lihat dulu bahan asas binaan mosaic.
Mosaic dihasilkan daripada tanah liat dan bahan campuran lain. Tetapi secara dasarnya jumlah tanah liat memonopoli bahan asas membuat mosaic. Tanah liat pula berasal daripada tanah alam semulajadi. Ada juga tanah-tanah yang terdapat di bukit-bukit atau di mana sahaja tanah liat diperolehi.
Paling utama unsur yang terdapat dalam tanah liat. Salah satu bahan binaan yang banyak digunakan juga adalah granit. Kesemua bahan asal tadi diambil daripada tanah. Tanah diketahui mengandungi unsur mineral radioaktif semulajadi seperti Uranium atau Thorium. Bagaimanapun jumlah kandungan punca radioaktif ini berbeza-beza bergantung dari mana tanah / tanah liat diambil. Ada kawasan yang mempunyai tahap keradioaktifan yang tinggi, ada juga yang rendah.
Jadi unsur punca radioaktif ini tidak dapat tidak mesti wujud dalam mosaic / jubin, simen atau bahan binaan lain dilantai. Ianya tidak boleh termusnah kecuali mengalami penyusutan separuh hayatnya sehingga menjadi 0. Namun unsur ini mempunyai jangka hayat yang sangat panjang iaitu Uranium-238 (4.47 billion tahun), Uranium-235 (704 juta tahun), Uranium-236 (2.348×10^7 tahun). Manakala Thorium pula sekitar 14 billon tahun.
P/S Jangka separuh hayat? Contohnya pada mulanya kekuatan radioaktif bahan ini adalah 100%. Selepas 4.47 billion tahun bagi Uranium-238 barulah kekuatannya berkurang kepada 50%.
Apakah kaitannya saya paksa anda baca sehingga perenggan ini? Semasa anda tidur, badan anda akan mengalami proses penutralan cas positif dan cas negatif. (Memang tak nampak dengan mata kasar). Jika anda tidur di lantai mosaic tanpa beralaskan karpet, tilam atau benda lain, cas-cas dalam badan anda akan diganggu oleh unsur-unsur yang terdapat dilantai tadi.
Kesannya, anda mendapat tidur yang menyebabkan anda keletihan, tidak puas tidur, sakit-sakit badan, rasa mahu tidur lagi. Dalam jangka masa panjang, anda akan tua sebelum usia. (Iklan: Percayalah cakap kak Ton).
Jika anda fikirkan, logikkah dan banding jika anda tidur di atas lantai kayu seperti orang zaman dulu-dulu kala. Dah tua-tua pun masih kuat bekerja. Kesimpulan, jangan tidur atas lantai mosaic, simen atau jubin tanpa beralaskan sesuatu. Semakin jauh semakin selamat.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! II
Sumber: islamik.info