Anda Mempunyai Lesung Pipit?? Ini 5 Kelebihan Dan Fakta Menarik Mengenai Lesung Pipit

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Betul ke kakak tadi dah 40 tahun? Nampak macam muda je. Sebab lesung pipit tu kot dia nampak muda, untunglah kan ada lesung pipit..” Uniknya mereka yang mempunyai lesung pipit kerana setiap senyuman mempunyai aura yang istimewa. Lekukan di pipi itu berupaya menambah kemanisan dalam wajah.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Di sebalik kemanisan senyuman tersebut, ini merupakan beberapa fakta dan kelebihan lesung pipit yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini:

  1. Hanya 20% manusia memilikinya

Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipit yang sebenarnya merupakan satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui.

  1. Ramai yang tertarik dengannya

Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang secara semula jadi.

Kalau bergambar pula, bagaimana pun rupa atau ‘mood’ anda ketika memandang kamera, wajah anda tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyuman yang dipaksa. Untung!

  1. Kelihatan lebih muda

Betul kan? Orang yang ada lesung pipit ni nampak macam ‘baby face’ sangat! Ia juga disahkan para saintis bahawa antara kelebihan lesung pipit ialah menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.

  1. Penyebar aura keceriaan

Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, orang di sekeliling juga akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan olehnya.

  1. Ramai selebriti jadi lebih popular

Laman web Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular.

Kerana itu, ada yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan tersebut!

Sumber: jagungmanis

.

Bagaimana Perasaan Kalian Ketika Membaca Al Quran?

Al Quran itu bila dibaca oleh orang yang banyak melakukan maksiat seolah-olah setiap ayat dan kalimahnya memberikan nasihat dan harapan.

Al Quran itu bila dibaca oleh orang soleh, yang banyak melakukan kebaikan seolah-olah setiap ayat dan kalimahnya mengukuhkan lagi untuk tetap di atas jalan yang benar.

Al Quran itu bila dibaca oleh orang yang sedang ditimpa musibah seolah-olah setiap ayat dan kalimahnya memberikan hiburan dan kekuatan.

Al Quran itu bila dibaca oleh orang kaya dan harta benda seolah-olah setiap ayat dan kalimahnya menunjukkan erti bersyukur dan rendah hati.

Al Quran itu bila dibaca oleh orang yang sedang ditindas lemah seolah-olah setiap ayat dan kalimahnya memujuk untuk sabar dan tetap tabah.

Al Quranlah satu-satunya kitab yang sesuai dibaca oleh semua kalangan; tua, muda, remaja, anak-anak, orang bijak pandai dan orang awam. Sesuai dibaca oleh orang yang sedang gembira, bahagia, sedih, senang, gelisah, sihat dan sakit.

Dan Al Quran sesuai untuk dibaca dan ditadabbur di bulan Ramadhan dan di 11 bulan lainnya.

Sumber: diaridunia

Add Comment