Rumah Siap Ada Pawagam Mini, Hebat Rumah Datuk Aliff Syukri Macam Rumah Artis Hollywood!!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Umum mengetahui jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pernah mengimpikan hasrat untuk memiliki sebuah rumah mewah bak istana sejak usianya 23 tahun lagi.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Hasil titik peluknya itu, akhirnya telah membuahkan hasil apabila impiannya sudah tercapai untuk memiliki rumah tersebut.

Baru-baru ini beliau telah memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya yang melihatkan bahawa rumah agamnya itu kini sudah memilik ruangan special iaitu mini pawagam.

Keterujaan dan ekspresi wajahnya itu sangat gembira apabila beliau mengidamkan ruangan seperti itu di dalam rumahnya.

Menerusi video yang dimuat naik Aliff, beliau telah memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana impiannya selama ini telah tercapai untuk memliki rumah idamannya mempunyai mini panggung wayang.

Hasil usaha kerasnya selama 10 tahun, akhirnya membuahkan hasil yang sangat memuaskan hati untuk diri sendiri dan keluarganya.

Meskipun bergelar seorang jutawan di usia yang muda, beliau tidak melupakan isteri tercinta, Nur Shahida yang banyakmemberi sokongan dan semangat kepadanya selama ini.

Rata-rata netizen turut gembira di atas kejayaan Aliff itu.

Respon netizen.

LATAR BELAKANG

Beliau dilahirkan di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang pada 3 April 1987. Pada mulanya, beliau telah berpindah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang.

Image result for aliff syukri

Selepas itu, beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau telah menyambung pelajaran di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor College. Beliau telah berkahwin pada umur 20 tahun bersama rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada ketika itu.

Image result for aliff syukri

Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya berjaya membina perniagaan yang dikenali ramai. Berasal dari keluarga yang sederhana membuatkan beliau menghargai setiap sen yang diperolehi. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangat untuk berniaga bermula dengan impian beliau untuk hidup senang setelah melihat rakan sekolahnya membawa wang saku sebanyak 50 sen dan beliau hanya ada 20 sen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : medialetop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *