Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Baru-baru ini viral di laman sosial gambar raya suami dan dua isteri beraya bersama-sama. Apa yang menarik perhatian netizen adalah keakraban yang ditunjukkan mereka di dalam gambar tersebut, tambahan pula kedua-dua isteri mempunyai rupa paras yang cantik.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Malah, pasangan madu itu turut dilihat sering berdua kemana-mana bersama suami. Ditanya mengapa memilih untuk hidup bermadu, isteri pertama memberi respon ini.
Viral Di Media Sosial
Kenapa Pilih Bermadu?
PILIH UNTUK BERMADU ATAU BERPISAH?
Ramai yang PM bertanya kepada saya .
Kamu ada bisnes, kamu ada rupa paras yang cantik, ada anak anak yang comel, baik tinggalkanlah suami, kenapa pilih untuk hidup ber’MADU’?
Saya faham tidak semua orang boleh melalui proses kehidupan seperti ini, bukan mudah untuk saya lalui semua ni tanpa ILMU Hati & ILMU kekuatan diri,
Kenapa saya pilih untuk bersama suami dan madu. Sebab saya pilih untuk BAHAGIA.
Betul ke bahagia?
Menjadi persoalan org ramai. ALHAMDULILAH Saya dapat merasakan kebahagian bersama. Jika saya pilih untuk berpisah dengan suami, secara jujurnya saya mungkin akan Menderita.
Pertama, sudah tentu saya sayang suami saya, saya belajar mencintai dan menyayangi makhluk Allah ini tanpa Syarat. Sebab Allah juga menyayangi saya Tanpa syarat, seburuk mana pun perangai saya, seteruk mana pun sifat saya, sejahil & sejahat mana pun saya dipandangan Allah. Allah sayang saya, buktinya Saya masih hidup sehingga hari ini Allah beri peluang untuk saya perbaiki diri saya supaya saya dapat mengenal diri saya tahu kekuatan diri saya untuk menjadi versi baru pada hari ini.
Saya Percaya Aturan Allah Adalah Yang Terbaik
Bagi saya
“Perkahwinan adalah perjalanan spiritual, apabila kita melangkah kaki ke jalan ini setiap apa yang dilalui adalah proses-proses menyediakan kita ke level seterusnya.”
Kedua soal anak anak, sebagai ibu saya tidak ingin melihat anak anak melihat ibubapa mereka bercerai berai, berpisah. Kesian anak anak membesar tanpa kasih sayag ibubapa.
Soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa, yang mengizinkan suami saya bernikah satu lagi juga Allah swt. Saya belajar untuk menerima takdir yang Allah tentukan, saya percaya aturan Allah yang terbaik. Bila ada penolakan takdir dalam hidup, jawapanya adalah penderitaan.
Sebagai manusia kita layak untuk bahagia. Kita yang tentukan Kebahagiaan kita, bukan orang lain, kita yang merasakan.. Namun tidak mudah untuk kita melalui proses kehidupan seperti ini jika kita KOSONG, tanpa ILMU.
Wanita jangan pernah berhenti mencari ilmu untuk mengenal kekuatan dirimu, Bila ada ilmu, semua yang kita buat atas penuh kesedaran.
Minta maaf jika ada sayatidak bersependapat dengan saya, ini perkongsian dari hati kecil saya. Saya harap anda Ambilah yang positif disetiap perkongsian saya.
Duhai Tuhan yang Maha Pengasih,
hari ini aku serahkan kemahuan dan keterujaanku untuk berbuat kebaikkan,
Maafkan aku ya Allah, bila ada nafsuku untuk diakui, dan dihargai tersembunyi disebalik kebaikkan yang ingin ku lakukan.
I love you Allah.
Terima kasih untuk rasa ini.
Terima kasih GURUKU Pn. Diyana Tahir, Pn. NoraZyan, Pn. Azeannira Abdul Azeh,
Semoga kau Selamat.
Semoga kau Disayangi.
Semoga kau bahagia.
kerana ILMU yang Allah turunkan kepada kamu, mengajarku banyak untuk menjadi versi baru pada hari ini
SUBAHANALLAH
Assalamualaikum, salam Magrib. Saya ingin meminta maaf kepada seluruh ahli keluarga saya, dan juga kepada sesiapa yang terkesan mengenai posting saya yang menjadi viral beberapa hari ini. Ada yang mengecam family saya disbebkan posting saya, Saya faham tidak semua orang boleh percaya, dan faham apa yang saya lalui, saya terima segala, teguran, kecaman, dan berterima kasih juga kepada mereka yang memberi kata kata yang baik. Mana yang buruk semua daripada saya, mana yang baik semua dari Allah. Minta maaf sekali lagi kepada seluruh ahli keluarga.
Sumber : Sherilyn Aidala via ohbulan!
.
Artikel Berkaitan : Nasihat Ustaz Ebit Lew – Jangan Jadi Suami Yang Cari Isteri Bila ‘Perlu’ Sahaja
Jangan Jadi Suami Yang Cari Isteri Bila ‘Perlu’ Sahaja
Tadi semasa di Kuantan, seorang lelaki jumpa saya dan kata saya tak fahamlah wanita ni ustaz. Dan saya dah tak nak faham. Saya nak berpisah dah sebab kami tak sehaluan.
Cuba abang tulis kebaikan isteri abang..
Saya tak tahulah ustaz, saya dah tak nampak baik dia. Saya pun penat.
Biar saya bagitahu abang sebuah kisah. Kisah ni realiti yang berlaku. Bila kita suami sakit. Demam. Pening. Kita mengadu pada siapa. Isterikan. Saya tengah malam kadang sakit. Isteri tolong urutkan. Buatkan air panas. Risau. Carikan apa-apa ubat. Layan sakit kita..
Isteri jaga anak-anak. Dia bagi kita rehat.
Bila anak sakit. Mereka mengadu dengan siapa. Dengan ibunya. Anak merengek sape layankan. Ibunya. Setiap hari tanpa jemu.
Tapi isteri sakit, pening, migrain, sakit perut, susah. Dia mengadu pada siapa? Tiada siapa abang. Suami? Banyak tak nak dengar. Paling-paling tanya teruk ke? Pergilah klinik. Ala sikit jer. Kadang mengadu sakit kena marah lagi. Jika sebuah keluarga semuanya sakit demam. Kita suami demam. Isteri demam. Anak demam. Sape yang jadi kuat dan akan macam sihat? Isteri…mereka sayang dan risau yang lain terlupa dia pun demam dan sakit.
Mereka tiada tempat mengadu. Kawan pun terhad. Mereka seorang diri cuma luah dengan air mata seorang diri. Biasanya.
Wanita kuat dan tabah. Dia bersalin anak kita. Berapa kali mati untuk kita. 9bulan bawa perut sana sini. Lepas bersalin, terus susukan anak. Berjam-jam. Rehat sekejap anak menangis nak susu lagi…
24jam urus semua tanpa rehat. Bersuami tapi tak boleh berbual. Tak nak dengar. Dahler takde kawan-kawan. Takde sesiapa. Jika suami tak sudi nak dengar, siapa lagi teman untuk berbual dan bercerita. Sedih bila fikir cuma diperlukan baru dipandang. Akhirnya bawa sedih dan duka seorang diri.
Begitulah mak kita. Begitulah isteri kita abang. Siapa nak bimbing mereka kalau bukan kita. Kita boleh mengorat dia siang malam masa kita nak. Takkan tak boleh mengorat mereka sekali lagi untuk pimpin mereka masuk syurga?
Susah ke abang?
Abang tadi menangis. Saya pun sebak. Sebab masa ceramah di smart sekolah yang saya cintai. Saya teringat mak saya. Teringat guru dan mak yang banyak nasihat saya. Banyak wanita. Semua Nabi-Nabi lelaki. Tetapi yang melahirkan semua Nabi ialah wanita. Berilah masa. Fahamilah mereka. Dengarilah mereka. Air mata isteri kita mahal. Al-Quran dan Sunnah Nabi saw ubat rumahtangga hari ini. Berilah masa belajar iman. Hidupkan Ta’lim rumah..
Baik ustaz. Terima kaseh. Baru saya faham kenapa ustaz amat cintakan wanita.
Rasulullah saw sendiri orang paling hargai keluarga. Kita semua sama. Yang bezakan kita disisi Allah ialah takwa. Kemuncak takwa ialah akhlak yang baik. Kemuncak akhlak yang baik ialah buat baik terhadap isteri
Sumber : Ebit Lew
Kunci Rezeki & Nasihat Berharga Ustaz Ebit Lew Kepada ‘Suami’ Yang Hadapi Kesempitan Rezeki.
Semalam pusing-pusing bazar Ramadhan niat dakwah dan rindu kampung. Lalu pasar malam ramai orang. Tengah berjalan. Ternampak seorang abang bersama isteri dan 3 orang anaknya. Dia sedang marah-marah isterinya. Menjerit perkataan kesat dan maki hamun isteri. Anak-anak semuanya di marah..depan ramai orang..sedih saya…
Saya cuma doa ya Allah hari pertama Ramadhan ini berilah hidayah pada abang ini untuk berubah. Dia baik tapi dia jahil. Beri dia sifat lemah lembut..tak sanggup tengok orang maki hamun dan malukan isteri dan anak-anak depan ramai orang macam tu..
Malam tadi sebaik sampai masjid. Masa nak turun kereta. Ada seorang abang ini sapa saya.
Ustaz ebit lew ke?
Kenal saya tak. Takkan tak kenal dah. Ko balik barapa hari. Sapa lak yer..puas pikir..rasa macam tak sebaya…dia lebih tua dari saya.. dalam hati saya kata. Terima kaseh ya Allah kabulkan doa saya. Benarlah doa kita makbul bulan Ramadhan ini..
Ustaz pernah ceramah tempat saya di Kuala Lumpur. Saya balik sekejap jer katanya..
Boleh saya nak tanya apa doa supaya rezeki mencurah-curah. Sebenarnya hidup saya sempit banyak hutang. Tak pernah cukup.. kerja sendiri. Berniaga sikit-sikit… muka dia berubah. Dah lama buntu. Tak pernah cerita dengan sesiapa..
Saya tanya dia..ada mak ayah lagi tak?
Dah takde ustaz…
Selalu tak doakan mereka. Ziarah kubur mereka. Sedekah amalan buat mereka..
Kunci Datangnya Rezeki
Abang ada berapa orang anak. Ada 3 ustaz. Sayangi isteri. Masuk rumah beri salam. Peluk keluarga. Itulah kuncinya. Doa isteri dan anak-anak abang penting. Allah yang bagi rezeki. Dia punya semuanya…
Dia terus kata. Tuler ustaz. Saya baran pada isteri dan anak-anak. Penyakit tu tak boleh buang lagi.
Betul abang. Penyakit kita tetapi kenapa nak sakitkan isteri dan anak-anak..Itulah sebab utamanya abang. Walau isteri dan anak kita tak balas panas baran kita. Mereka sabar. Tapi Allah maha melihat. Dia bagi rezeki pun sentiasa sayang kita. Allah bagi amanah isteri anak anak. Supaya kita jaga mereka. Jangan sakiti mereka. Jangan jadikan mereka orang dizalimi. Doa mereka makbul. Doa ahli keluarga kita. Mungkin dia tak bantu berniaga. Tak bagi duit pada kita. Tak bagi idea. Tetapi doa mereka ajaib. Doa isteri dan anak-anak kita..
Maksud Apa Itu Keluarga?
Ramai orang baik, rajin, tapi selalu sakitkan isteri dan anak-anak. Hari-hari kata anak bodoh, tak guna, degil…makhirnya semua doa itu kembali pada diri kita sendiri. Keluarga maksudnya bahagia, tempat perlindungan, cinta, hormat, tanggungjawab, jujur….jika rumahtangga jadi tempat marah, maki hamun, menyakiti…apa lagi yang tinggal..
Belajarlah sayangi mereka. Abang tunggulah. Tengoklah bagaimana rezeki abang lepas ni. Janji Allah rezeki dalam silaturrahim, solat, dan rajin berusaha…- ebit lew
Sumber/Foto : Facebook Ustaz Ebit Lew