‘Interview Kena Reject, Cinta Ditolak’ – Sering Dihina Kerana Gemuk, Lelaki Ini Nekad Kurus & Hasilnya..

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bila sebut sahaja mengenai bentuk badan, mesti ramai mengimpikan berat badan yang ideal dan langsing. Selain daripada cergas untuk melakukan kerja seharian, orang yang berbadan kurus juga akan tampil lebih berkeyakinan.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Bagi Afiq Azuwan, permohonan kerjanya pernah direject gara-gara berbadan gempal. Selain daripada cinta ditolak, rakan-rakan pun mula menjauhi. Namun, dengan 6 usaha ini dia kini tampil susut dan bergaya!

https://www.adamhawa.my/wp-content/uploads/2018/06/1.png

Interview Kena Reject, Cinta Ditolak

http://media.ohbulan.com/wp-content/uploads/2018/06/Screen-Shot-2018-06-20-at-2.41.45-PM.png

Bila diceritakan bertapa peritnya perjalanan hidup ini hanya allah sahaja yang bertapa kuatnya hati ni terus berjalan.

Dihina,dicaci,dimaki macam-macam lagi yang saya hadap.Tapi takpa allah tu ada,sejauh mana kita berjalan selagi masih dijalan allah. Allah masih bersama kita.

ORANG GEMUK ni ada satu semangat yang semua orang lain tak ade sebenarnya. Nak tahu semangat apa ? SEMANGAT UNTUK BERUBAH !

Saya dah lalui macam² walaupun perjalanan hidup saya baru 21 tahun. Interview kena reject, Cinta ditolak, Orang tak nak kawan, macam – macam yang saya rasa. Tapi takpa saya kena kuat jugak macam mana pun demi diri saya sendiri.

Saya ni dah macam² benda saya buat, Jaga makan, Pergi Gym, Makan ubat, jaga makan gila – gila punya. Tapi satu kesan pun tak nampak, Tipu la kalau tak teringin nak bergaya macam orang lain. Saya pun manusia yang ada perasaan untuk majukan diri.

Kurus Selepas 6 Usaha

Tapi selepas 6 usaha saya, Alhamdullillah perubahan kian hari kian menjadi atas DORONGAN HATI YANG KUAT, dan support dari keluarga dan kawan-kawan rapat.

Tak kisah kita nak berubah buat TREATMENT SEDUT LEMAK sekali pun, Janji kita sendiri usaha BUKAN ORANG LAIN. Hidup ni macam roda, selagi tak ada halangan dia akan terus berjalan

Saya nak bagitahu pada SEMUA ORANG GEMUK yang ada niat dihati nak turunkam berat badan, Teruskan Usaha SAMPAI KITA CAPAI APA YANG KITA NAK !! BUKTIKAN DEKAT ORANG – ORANG YANG SELALU PANDANG RENDAH DEKAT KITA NI !!

PESANAN untuk orang yang selalu MENGHINA ni tolong sedar diri sikit, hampa pun tak sempurna mana nak HINA ORANG GEMUK macam kami. Cermin diri kita dulu tau.

Sejauh mana kita berjalan ingat Allah, Ingat Keluarga, Ingat Kawan Kawan yang selalu ada dengan kita masa kita dipandang rendah oleh semua orang. Jadikan 5 WAKTU sebagai tanggungjawab hidup kita dan penguat IMAN KITA.

Tingalkan Nasi

Bagi yang mahu bermula turunlam berat badan, Tentang TARGET berapa lama tu TOLAK TEPI dulu… Fokus Pada usaha kita dulu…

Permulaan sewaktu Afiq buat… Afiq cuba tinggal nasi.. Kenapa perlu tinggal nasi ?? Sedangkan nasi boleh makan tapi kuantiti sedikit ??

Kadang setengah orang IMAN dia tak cukup kuat.. Amik nasi kuantiti sedikit, last2 lauk sedap2 pulak… Menambah lagi nasi…musnah oh musnah…

Bagi Afiq bila Afiq BLOCK NASI menu tu boleh ditukarkan pada menu yang lebih sihat…

Afiq GANTIKAN NASI dengan OAT, BUAH BUAHAN, ISI AYAM, SAYUR SAYURAN, BIJIRIN…Menu yang kita nak makan kita boleh REKA & OLAH kan sendiri..

Tinggal Minuman Manis, Berais Dan Berkarbonat

Afiq tinggalkan MINUMAN MANIS, MINUMAN BERAIS, MINUMAN BERKARBONAT, Afiq banyak minum air kosong sebab ia mempunyai 1001 KHASIAT untuk tubuh badan kita

START PUKUL 7 MALAM Afiq dah STOP PENGAMBILAN MAKANAN BERAT…sebab apa pukul 7 malam ??

Misal kata , kita dinner pukul 9 malam… Pukul 10@11 mesti dah nak tidur kan ? Sempat tak makanan berat yang kita makan tu nak cerna dengan sempurna ? Mesti tak sempat kan ?

Pencernaan yang tersekat tu lah membuat badan kita SUSAH NAK TURUN & BERAT SEMAKIN NAIK..

Pada hujung minggu Afiq selalu bersenam untuk mengeluarkan peluh…Dan pastikan badan kita mempunyai STAMINA YANG KUAT

Usaha Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit

Untuk yang RISAU tentang TARGET yang korang nak TURUN CEPAT tu hentikanlah NIAT MEMAKSA diri…yang RUANG untuk badan kita turun dengan sihat..Jangan terlalu memaksa untuk SEKSA BADAN bagi turun lebih cepat

Biar Usaha Kita SIKIT SIKIT LAMA LAMA JADI BUKIT betul tak ??

Tak kisah apa pun usaha kita… Janji terus BERSEMANGAT , POSITIFKAN DIRI , JANGAN BERPUTUS ASA…

Tak ada orang YANG BOLEH UBAH DIRI KITA melainkan DIRI KITA SENDIRI…Biar usaha kita hasilnya lambat tapi badan kita dalam keadaan sihat

Sumber : Twitter @iamafiqazuan via ohbulan!

.

Artikel Berkaitan : Turun 25 KG Dalam Masa 4 Bulan Sahaja, Gadis Ini Kongsi Tips Mudah Diet Tanpa Supplement

Memiliki badan menarik merupakan antara impian setiap orang. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, masing masing pasti ada impian nak kurus. Yelah bila dah kurus ini, tahap keyakinan kita akan jadi berbeza. Namun, yang menjadi masalah adalah nafsu makan kita sukar dikawal. Senang cerita, kurus ini perlukan pengorbanan. Setuju?

Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda tips dari gadis cantik ini. Siapa sangka dulu beratnya mencecah 85 Kg, sekarang 60kg. Memang hebat! Hanya dalam masa 4 bulan, dia mampu buktikan senang untuk kurus.

Tak ambil gula

Just wanna share with you guys??

Macam mana ekin turun berat badan? .
Ekin banyak minum air masak, sometimes sehari tu sampai 4-5 liter. Ekin tak minum air manis langsung! Tak makan benda bergoreng, tak makan roti , nasi or fastfood. .
Makan buah, sayur, kacang, telur, low fat plain yogurt! workout tu yass mesti lah workout. Paling kurang sejam sehari.

Lepas dah turun 10 kg, ekin makan nasi tapi segenggam nasi then sayur and protein. .
Ekin ada cheatday, seminggu sekali cheat day?? harus okay sebab ekin suka sangat chocolate + ice cream

Paling penting displin

Paling penting …..

Disiplin??

Sepanjang ekin turunkan berat badan mmg tak amik langsung supplement turunkan berat badan or detox tea

Sekian dari ekin??

Jangan lupa bersenam

 

Sumber : Ekin Khairi via OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *