[VIDEO] “Meluah Itu Macam Satu Terapi Bagi Wanita, Tapi Bukan Bermakna Dia Tak Beriman…” Isu Kelar Anak

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bila kecoh tentang isu ibu kelar anak lelaki berusia setahun tujuh bulan di Jengka, cukup ramai mak-mak yang turut simpati dan menyelami perasaan ibu baru lepas bersalin yang dikatakan kadang penat tak mampu nak diluah.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Tambah pula jika jarak umur anak-anak yang ada itu sangat dekat, andai suami jenis tak kisah nak tolong isteri uruskan anak-anak, itu lagilah parah!Malahan apa yang kaum mak-mak rasa itu sebenarnya memang seperti yang digambarkan oleh Puan Intan Dzulkefli menerusi status Facebook miliknya, yang mana depresi boleh berlaku di kalangan wanita berkahwin dan ada pelbagai punca.

Depression can happen to anyone.

Tak semestinya berpunca dari masalah rumahtangga sahaja. Bukan juga tentang lemahnya amalan ibadah kerana orang yang jaga solat, kuat mengaji al-Quran juga boleh terkena. Depresi mungkin berpunca dari stress (motherhood routine, work overload, kejian orang sekeliling dan sebagainya) atau perasaan terpendam yang terbuku terlalu lama hingga akhirnya ibarat gunung berapi yang memuntahkan lahar.Banyak rakan surirumah yang stress berkongsi cerita, antara sebab mereka stress ialah kerana mereka terlalu teringin nak buat sesuatu untuk diri sendiri, tapi keinginan tersekat.Biasalah rutin surirumah, makan, tidur dan mandi yang tidak menentu. Semuanya bergantung pada angin mood si kecil. Begitu jugalah nak beli itu ini tetapi tiada sumber pendapatan, tiada saving, tiada harta. Tambah jika tak reti memandu, semua harapkan suami.Pasti akan timbul rasa diri loser, tak berguna. Lama-lama timbul perasaan, apa guna hidup menyusahkan orang, baik mati.Allahuakbar.

Nak Semangat Dari Kaum Suami

Memang punca depresi kadangkala bukan sepenuhnya berpunca dari suami, tetapi penawar awal depresi suri hati itu banyaknya adalah dari sokongan, kata semangat & penghargaan dari suaminya sendiri.Tak sedikit kes depresi dalam kalangan isteri bertambah teruk apabila suami jenis lepas tangan dan tidak peduli tentang kesihatan badan & kestabilan emosi isteri mereka.Sangat melegakan bagi penderita depresi apabila ada orang sudi mendengar luahan, memberikan semangat dan memahami situasi yang dialami.Fahami fitrah manusia yang bergelar isteri dan ibu. Mereka mengalami dua jenis kepenatan, itulah dia kepenatan fizikal dan kepenatan emosi.Kaum isteri dan ibu ni waktu sakit pun masih perlu khidmat anak dan suami. Kalau nak rehat pun setakat mana sahaja kerana kebiasaannya anak-anak tetap hendakkan ibu mereka.Bila badan penat, nak rehat, nak tidur dan ber’me-time’. Namun, jangan pula lupa tentang penat emosi.Bila emosi yang penat, rehat berapa lama, tidur berapa lama, pun kita masih rasa letih sangat.Sleep and rest couldn’t be a cure if the soul that is tired. They are mentally exhausted. They are drowning inside their mind.

Inilah Depresi

Memang fitrah wanita, nak ada tempat untuk berkongsi rasa sebagai cara merehatkan emosi. Itulah curhat (curahan hati) namanya. Nak sharing perasaan yang berbuku dalam dada & menyesak kepala. Meluah itu bagaikan satu terapi bagi wanita, tapi bukan bermakna mereka tak beriman, tak bersyukur.

Bukan bermakna mereka tak redha. Semuanya sebab fitrah kita sebagai manusia yang ‘fragile’. Apatah lagi wanita ini kawan rapatnya adalah emosi.

Alhamdulillah jika suami jenis bertimbang rasa dan sentiasa menunaikan hak isteri untuk berehat, menikmati ‘me-time’.

Iyalah, siapa lagi kawan karib, pelindung dan tempat bermanja yang isteri ada? Melainkan suaminya tercinta kan?

Depression is real. The struggle is real. The pain is real. If I could put in words to describe, you feel like a living zombie with no will to live. You feel so unworthy, unwanted & replaceable. You unable to construct future, you unable to be a dreamer. Fortunately, depression is curable.

Alhamdulillah. InsyaAllah.Di sinilah peranan suami, tunjukkan betapa kalian menghargai isteri, betapa berharganya dia dalam hidup kalian dan anak-anak, supaya mereka rasa diri mereka diperlukan, dihargai, tiada gantinya.Namun, jika isteri masih juga tiada tanda kesembuhan, silalah dapatkan bantuan profesional segera.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  Mingguan Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *