Inilah 5 Manfaat Labu Kuning Kepada Kesihatan Kita

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Labu kuning boleh dikatakan salah satu sayuran yang kurang mendapat sambutan pada zaman sekarang. Tak ramai orang yang menggemari sayuran ini termasuklah kanak-kanak.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Sayur labu kuning sebenarnya kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral malah ianya juga sangat rendah kalori.

Berikut adalah manfaat lain yang boleh didapati dalam sebiji labu kuning. Yang pasti memberi 1001 kebaikan untuk tubuh badan kita.khasiat labu kuning, manfaat labu kuning, petua labu kuning, labu kuning untuk kesihatan, resepi labu kuning

Mencegah Penuaan

Labu mempunyai beta karoten yang sangat tinggi, iaitu antioksidan yang sangat baik untuk mencegah radiasi. Makanan yang kaya dengan beta karoten ini akan membantu anda menjaga keremajaan kulit. Selain menjadikan anda awet muda, labu kuning juga dapat mencegah kanser dan melegakan asma.

Menurunkan Tekanan Darah

Kandungan kalium yang terdapat dalam sebiji labu kuning dapat menurunkan tekanan darah dalam badan anda. Selain natrium, kalium juga penting untuk badan. Antara makanan lain yang mempunyai kandungan kalium yang tinggi adalah nenas, tomato, limau, bayam dan pisang.

Meningkatkan Kesuburan

Menurut kajian, kandungan beta karoten yang terdapat dalam labu kuning jika dimakan akan diubah menjadi vitamin A di dalam badan akan menigkatkan kesuburan. Kepada ibu-ibu yang sedang hamil dan menyusu bayi juga sangat bagus jika mengamalkan labu kuning ini.

Baik Untuk Prostat

Selain isinya yang kuning keemasan itu, biji labu juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Kandungan phytosterols dalam biji labu baik untuk menjaga kesihatan prostat. Kaum lelaki dinasihatkan mengambil sekurang-kurangnya 28 gram biji labu sebanyak tiga kali seminggu.

Menurunkan Berat Badan

Labu kuning adalah sejenis sayuran yang kaya dengan serat jadi ia akan membuatkan anda merasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Secara automatik akan membuatkan selera makan anda berkurangan dan mengelakkan kegemukkan.

Rugikan pada sesiapa yang tak makan labu kuning. Jadi mulai dari harini amalkan selalu makan labu untuk manfaatkan segala khasiat yang terdapat didalamnya. Bukan setakat buat masak lemak sahaja buat lepat labu pun sedap tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *