Apa Yang Terjadi Kepada Dato Fazley Dan Anak Dia Buat Suria KLCC Memohon Maaf. Tapi Respond Balas Fazley Sangat Melucukan!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Buat pengunjung di pusat membeli belah terkemuka, Suria KLCC , ini adalah satu kisah dan pengalaman buruk Datuk Fazley Yaakob dan isterinya Datin Azrene Ahmad bersama anak bongsunya yang kini berusia 8 bulan. Pengalaman buruk ini bermula lampin anaknya, Ellie ‘bocor’ dan memaksa isterinya bergegas ke tandas yang bertanda ‘Premier’ yang memerlukan mereka membayar RM2.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Pengalaman ini telah dikongsikan oleh Fazley menerusi Instagram miliknya semalam. Menurut Fazley, pengurus wanita yang menjaga pintu tandas itu dengan bongkaknya tak benarkan isterinya masuk dengan alasan bimbang tandas akan berbau busuk kerana najis bayi.

Selepas memberi alasan yang kukuh, pengurus wanita tersebut tetap berkeras tidak benarkan masuk malah dia mencadangkan untuk ke tandas yang lain. Hal ini mengundang masalah kepada Fazley yang memaksa mereka anak-beranak berjalan jauh ke tingkat lain dan melalui ramai orang yang mungkin akan tidak selesa melihat.

Dalam kes sebegini, apa yang Fazley harapkan adalah budi bicara seorang pengurus wanita terhadap seorang perempuan lain yang ada bayi berumur 8 bulan di waktu kecemasan.

Pihak Suria KLCC Mohn Maaf

Menurut satu lagi posting di Instagramnya, hari ini pihak suria Surian KLCC,  telah pun menelefonnya dan memohon maaf. Mereka mengakui kesilapan kerana tidak menggunakan budi bicara berhadapan dengan kes kecemasan seperti itu.

Tambah beliau lagi, KLCC tidak pernah mendeskriminasi ibu & bayi di dalam apa jua keadaan. Kes yang berlaku adalah kecuaian mereka di dalam memberi latihan penuh terhadap pengurus tersebut.

Jemput Pengurus Wanita Datang Ke Suka Sucre Bistro

Fazley sempat berseloroh berhasrat menjemput pengurus wanita tu untuk menjamu selera di Restorannya Suka Sucre Bistro dan Fazley sendiri akan masakkan untuk beliau agar lebih lembut hati berhadapan dengan pelanggan pada masa akan datang.

Harapan Fazley pada masa hadapan,  tidak lagi ada kes seperti ini berlaku di sebuah pusat mmebeli belah bertaraf dunia yang menjadi kebanggaan negara!

SUMBER : HANGAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *