Isu Peluk Peluk Tun M, Izara Aishah Akhirnya dedah perkara sebenar yang terjadi ketika itu..

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Pelakon Izara Aishah memohon maaf kepada umum selepas gambar dia berpeluk dengan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang tersebar di media sosial mencetus kontroversi.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, isteri kepada anak tiri penyanyi penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Muhammad Adib Khalid itu menejelaskan aksinya memeluk PM itu dilakukan secara spontan.

Namun Izara akui kesal dengan apa yang berlaku.

“Seperti kebanyakan rakyat, saya kagum setiap kali melihat YAB Tun Dr Mahathir. Beberapa hari lalu juga tiada bezanya.

“Saya kesal ada segelintir individu memberi respon negatif terhadap posting itu. Kepada YAB Tun dan keluarga, saya meminta maaf kerana bersikap terlampau ekspresif,” tulisnya.

Izara dan keluarga mertuanya membuat kunjungan peribadi ke rumah PM pada 2 Syawal lalu.

Sumber: IG Izara Aishah

.

Gambar Izara Peluk Tun M Jadi Bahan Kritikan Netizen

Kecoh dilaman sosial bila gambar seorang selebriti yang bernama Izara Aishah bergambar dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Mana tidaknya dalam gambar tersebut kelihatan Izara yang juga isteri orang berpelukan ketika gambar tersebut dirakamkan.

Hasil tinjauan kami pada laman instagram beliau, gambar yang dikongsikan dengan kapsyen “Tun reminds me of my late grandfather Khalid Ghouse. Tun is so much like him. ♥️ Dada, you’re always in my prayers.” yang mana telah mendapat lebih dari 29ribu sukaan sehingga artikel ini ditulis di Kecoh.Info.

Umum ketahui bahawa suami Izara Aishah adalah Adib Khalid yang juga anak kepada Datuk K atau nama sebenarnya Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa. Beliau merupakan CEO kepada Tune Studios & Tune Music dan juga mempunyai syarikat rakamannya sendiri, What’s Up Entertainment yang bertanggungjawab menerbitkan album Inggeris ibu tirinya iaitu Datuk Siti Nurhaliza yang berjudul ‘All Your Love’.

Dan umum ketahui juga bahawa baru-baru ini keluarga Datuk K dan Dato Siti Nurhaliza sekeluarga telah menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi pengalamannya berhari raya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Melalui akaun Instagram, Siti yang juga dikenali sebagai Tok Ti hari ini memuat naik gambarnya memegang anaknya, Siti Aafiyah Khalid sambil diperhatikan Dr Mahathir, atau nama timangannya Che Det.

“Bertuahnya anak ibu dapat beraya bersama ayahanda Tun M dan bonda Tun Siti Hasmah hari ini,” kata keterangan yang mengiringi gambar berkenaan.

Sementara itu, Adib Khalid, anak tiri Siti, turut memuat naik gambar ketika kunjungan berkenaan.

Pada gambar itu, turut kelihatan isteri perdana menteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali; suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan anak-anaknya; serta pelakon Izara Aishah, yang merupakan isteri Adib.

Siti dilihat cenderung menyokong Dr Mahathir meskipun tidak pernah menyatakan sokongannya secara langsung.

Pertukaran kerajaan pada pilihan raya umum lalu turut disifatkan Siti sebagai berita gembira.

7 Jun lalu, pelantun lagu Purnama Merindu itu berjumpa dengan Majlis Penasihat Kerajaan bagi mengemukakan cadangannya mengenai pembentukan Majlis Kesenian Negara, badan yang bertujuan menangani hal-hal berkaitan seni dan budaya di negara ini.

Namun lain pula kecaman yang hebat di media sosial ini tentang Izara Aishah.

Jom sama-sama kita tengok antara komen-komen tersebut yang telah menjadi kecoh:


Loading video


Sumber Video: Youtube
Sumber Komen-Komen: Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *